Mar 28, 2011

Alaa..Perempuan Bertudung Bukan Baik Sangat Pon. Sama je.

Citer ni aku jumpa mase blogwalking dulu. Da lame daa..agak panjang sedikit tapi kalo rase nak mendalami ilmu..sila la baca.


 
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).

Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".

Isteri jiranku : Alhamdulillah. .sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??

Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

P/S : Aku harap cerita ini boleh menjadi iktibar untuk kita semua.

SEKIAN

Mar 27, 2011

Dialah Boipren Auni Hazwani !!

Assalamualaikum..

Malam ni adalah malam yang sangat menyeronokkan! Thank you so much adek ku Khadyjah Fhatyah yang sudi bergelak terkekeh kekeh bersama tadi !! Haha. Suke giler nengok muke sombong awak dek.

Macam yang dijanjikan.. Ni lah kebenarannye! Dan secara jujurnya aku mengumumkan bahawa hati ku telah dicuri by someone yang bernama Akyd Kharamy bin Azmar. Dialah boipren yang selama ni aku citerkan tuh.. Harap sangat jangan jeles sebab aku ade boipren yang sangat ensem lagi comel !! Pelissss la jangan rampas Kydd dari aku okeyh.. 


Ingat tak frame nih?? Actually, aku lukis muke boipren aku. Pastu nak hadiahkan pada dialah. Tapi mase nak jumpa Kydd tadi, Kydd da tidoooo..Sedih I tau Kydd ! Selalu je tido kalo I nak jumpa you..Huh, ape punye boipren daaa. Takpelah, I bagi mak sedara you je hadiah ni. Nanti you mintak la ngan mok su you okeyh. Tengoklah kalo takde ape ape.. I datang jumpa you besok.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
You lah satu satunye boipren yang I ade. Ensem dan comel kan boipren aku?? Da kata da tadi tapi tak cayeee...ni lah Kydd. HAHAHA. 

P/S : Pasni jangan percaye kalo aku kata aku ade boipren. Weehhhhuuuuu !!

Mar 21, 2011

Kak Yuyu Zulaikha

Assalamualaikum

Tadi mase bukak blog kan, aku nampak ade satu komen bertambah kat entri anganan ku. Cam biase la sedikit selok. Click la nak tengok sape komen. Tertera kat situ komen dari...kak Yuyu Zulaikha ! She said, 'Si comellll macam panda <3'

Makkkkkkkkkkkkk! Kak Yuyu komen ni..kak Yuyu komen niiii..tak caye tak caye. Cewaaahh! tak heran la kalo kata aku giler dan over. Tapi....do I care?? Haha. I peminat kak Yuyu tau. Tak terkata lah sebab terkejut. Sudi jugak kak Yuyu singgah blog kite yang tak seberape nih.

Terima kasih kak Yuyu!  Ni hadiah untuk kak Yuyu.



P/S : Agak agak boleh jadi blog pilihan kak Yuyu tak?? HAHA.. berangang la mung!

Mar 3, 2011

Untuk Ben Ashaari

Assalamualaikum sume... malam ni takde mende special nak disharekan. Cumeee..my sis kak senun penah cakap pasal Ben Ashaari. One of the famous blogger katanye. Aku tak bape kenal sangat tapi aku tetap follow die. Ape ape entry yg die post aku akan baca. Macam orang lain jugak laa.. Ari tu ade someone cakap yang blog aku heavy sangat. Loading punye lame. Tapi bile aku buka, laju je.. Agak kepelikan sedikit disitu. Maklumlah blogger yang masih mentah. Tak tau banyak mende lagiii..hihi. Then, aku nakkan follower yang ramai macam Ben Ashaari! Tapi tak tau macam mane..Penah la sekali tinggal my link kat blog die. Minta die terjah my blog. Kot la ade ape ape idea nak kasi kan. Tapi mungkin die tak perasan kot link tu sebab ramai sangat yang komen! Confirm tak menang tangan kannn..

Aku wat entry ni sebab nak tunjuk ni haaa...


Aku tak tau muke Ben Ashaari kat luar macam mane. So, aku tak sure la sketch ni gaya ke dop muke die. Sejujurnye la aku cakap niii.. sketches ni aku wat untuk tarik perhatian Ben Ashaari supaya terjah my blog! Hihihi.. I know.. mesti korang akan kata aku cari publisiti kan..kan?? Oh, tidak sama sekali pada hakikatnye. Aku cuma nak Ben Ashaari tolong aku dan bagi komen or ape ape idea supaya aku ade follower yang ramai macam diee.. itu sahaje.

P/S :  To Ben Ashaari : Sori eh kalo sketches tu tak gaya cam muke bro.hihi.saje je tuh! Nanti tolong saya eh. *oh, sungguh tak malu.ngeee~~  Terima kasih.

My Hand, My Pencil..But Your Face

Assalamualaikum sume! Skang ni da pukul 
4 : 35 pagi. Wah! Awal tak aku bangun tido?? Nak kata wat tahajjud..tak sebenarnye. Actually, tak tido pon lagi dari tadi. Baru je siapkan drawing. Ce citer drawing ape?? Huh! That's why la aku update blog pepagi buta nih. Nak citer pasal my latest drawing la. Awal awal aku kabor niii..aku bukan pelukis yang pro okeyh. So, janganlah kutuk kalo tak jadi sekalipon. Bagi support ler..kite kan kawannn..huhu.

  
  Woot..woot..special edition nih! Siap ade ala ala banner lagi tau. haha. Takdelah. Ni saje saje wat. Macam memasak la. Kena tambah garam, gula, itu ini..baru lah masakan rase sodap! Same gak macam blog. Kena la tambah ape yang patut barulah 'sodap' juge orang nak nengok. Ye dak?? hihi. Memandai je wat perumpamaan. Oppss oppss..itu saje muqadimahnye ye. Aku sure kalo korang pandai baca, mesti korang da tau aku nak cakap pasal siapa kan..

'Pelik benor ghasenye! Tadi mike cakap nak citer pasal drawing..tetibe mike nak cakap pasal siape. Mane satu ni chor?' haha. Atas my drawing paper tu ade someone yang bernama Fatin Suhana. That's mean aku lukis die lah. Adoyaiii! Cett! berangan cakap sengsorang..okeyh2 never mind. 

Back to main topic..It's All About Fatin Suhana. Actually, aku tak penah kenal ngan kak Fatin ni. Tapi since my sis ade blog, die slalu blogwalking merata rata. Sampailah die terjumpa blog kak Fatin niiii... My sis kata orangnye cantik gilos! Aku ni pantang sikit dengar orang cantik cantik. Musti nak tengok punyer lah! Atas kerana sebab dipaksa, my sis pon meng'link'kan blog kak Fatin kat my fb. Ngehngehngeh..finally! *senyum senyum kekambingan. Dapat je link, terus click di situ! loadinggggggggggggggggg.........tadddaaaaa!
'Small Girl With A Big Heart'
  
Tu dia orangnye! Gamba 1st yang aku tengok. Hati ku cair seperti lilin yang dibakar..haha.sangat poyo! Minta maaf ye kak Fatin. Saya copy dr fb kak Fatin. Harap tak mara la. 1 jeeee..hehe.. Seriously, dia makhluk Tuhan paling cantik! Kalo sekali imbas tengok kan...macam ayu raudah pon ade. Terlebih sudaa..hihi. Mouse arrow merayap rayap menekan button 'Follow'. Weeehhoooo! I did it..saya berjaya menjadi follower kak Fatin! Oh, I can't believe it..* crying! HAHA. Ayat tersebut hanya tambahan semata mata. Jangan percaya okeyh. hihihi. Since that day, aku merupakan silent reader blog kak Fatin. Tak penah komen atau meninggalkan jejak pon. Tapi yang pasti aku tak penah miss untuk baca entry entry baru dia. OH, saya sangat suke style anda! saya suke gamba gamba anda! saya suke shawl anda..sume saya suke lah! ermm.. Aku ni kire macam camera addict jugak la tapi tak pandai pose macam kak Fatin. Aku suke pakai shawl begitu begini tapi bile nak kuar, aku tak confidence macam kak Fatin.haha. Tau tau je kan.. Dan aku ade masalah ngan senyuman! Suke senyum n gelak tapi bile suh pose ngan senyuman...aku jadi grrrrrr~~ huduh! haha. Tapi kalo nanti aku da kawin n pregnant, aku nak tengok muke kak Fatin je tiap tiap ari.. Bior anak aku kuar nanti cantik macam kak Fatin.haha. Jauh giler mikir ork. Huh, lupekan. Sume tu merepek je lebih. Disebabkan aku sangat admire ngan kecantikan dan picca kak Fatiinnn...ni la yang terhasil sepenuhnya pukul 3:57 pagi tadi,

This sketch credit to kak Fatin Suhana

P/S : Nak pinjam muke sehari moleh?? hihihi...