Oct 30, 2011

Teringat Zaman Tomboy Dulu

Assalamualaikum

Dashboard hari ni penuh dengan entri Nogori Sembilan lawan Terengganu malam tadi. Apo kono eh jang ?  Takdo cito len ko ? Duh..boring la asyik cakap pasal bola bola dan bola.

Malam tadi sayup-sayup je dengar ayah jerit, ' GOL !!!!!! ' Cewah. Sopan je ayah auni jerit bunyi sayup-sayup. Malu le tu nak jerit kekuat sebab tengok bola sorang-sorang.

Orang duk sibuk layan bola, auni plak layan korea. Hihihi. Dulu masa zaman tomboy-tomboy, auni la orang yang fanatik skali ngan bola. Siap hambat sedara mara kuar umah petang-petang suh main bola ngan auni. Gangster tak gangster la kan.  -.-''

Haha. Tapi itu citer 6, 7 tahun lepas. Sarung shortpan ngan t-shirt je kuar umah. Tak lupa saut topi atas almari. Syok-syok duk kayuh beskal jumpa pulak kawan sekola.

" Woi ! Aku ingat jantan mana tadi ! Bila nak jadi pompuan auni oi ? Giler. Mati-mati aku ingat jantan. Hahaha " 

dengan slumber auni jawab *sambil garu-garu kepala

" Err..beria aku sorok muka. Nampak jugak ko ni. Duhhh..giniii..aku nak cepat ah pegi kedai. Dahaga doe. Cari tudung tak jumpa. Serabut plak nak cari ape benda alah tu ? Kerong..kerongsang ? Alah, leceh ah. Itu yang aku saut topi tuhh.. Hiiiii " 

gamba sekadar hiasan. haha

Akibat daripada beribu alasan menolak kewajiban as a perempuan Islam, balik dari kedai dengan rempitan beskal BMX berwarna hitam dan bertayar lebar, auni tak sempat mengelak batu yang ada kat atas jalan tu.

Laluuuuu...terbang melayang masuk ke dalam longkang berselut. Hebat tak hebat jugak la. Beskal ngan auni skali masuk dalam tuh. Kepala ke bawah, kaki ke atas. Can you imagine it ?  ^________^

Jalan da la sunyi sepi. Sape la yang nak nampak auni yang kecik ni terhumban dalam longkang besau cenggitu. Tapi syukur la. Lepas bergelut dengan selut setebal 2,3,4 inci, ada lori lalu. Wah. Super hero datang ! 

" Eh..macam mana boleh jatuh ni ? Sini-sini pakcik tolong. Syukur pakcik nampak tayar basikal ni berpusing ngan kaki kamu terjuntai. Kalo tak...ishhh... "

Alaaaa...super hero tu pakcik la. Ingatkan cik abang keee. Haha. Haippp ! Sape kata tomboi tak suka lelaki ? Pengkid je yang suka sama jenis tau. 

Auni balik umah kayuh beskal dengan badan berselut. Muka bercoreng-coreng penuh selut. Kepulangan disambut dengan gelak tawa family and sedara mara. 

" Oi, askar dari mana ni ? Baru balik berjuang ke muka bercoreng-coreng ? Bhahaha "

Ish. Teruknyaaaa..malu I tau. Tapi alhamdulillah kejadian tu buat auni insaf. Mana tak nya. Longkang tu kiri kanan hutan. Jalan jarang orang lalu. Kalo pakcik tadi tak lalu, entah-entah auni mati dalam tu je. Sakit kot terhumban kepala ke bawah kaki ke atas. Hihihi

Mula dari hari tu la dengan sepantas kilat auni menggapai tudung kedut seribu yang da bape lama terperap dalam almari bilik. Baru terasa, ' Akulah wanita ! '  Cewah. Tapi sifat ganas tu takleh nak buang lagi la sampai skang ni. Adeh.

P/S : Usia makin pendek. Rumah kata pergi. Kubur kata mari. Syukur la kalo dapat peluang untuk berubah kan ?

Oct 28, 2011

Bila Kamu Mula Bercinta

Assalamualaikum

Bila kamu mula bercinta,
Maksiat makin bermaharajalela.
Tuhan semakin kamu lupa.
Solat juga entah kemana.
Hidup hanya untuk bersuka ria.

Kata mak ayah kamu campak merata.
Hilang hormat pada orang yang lebih tua.
Kakak sendiri dipanggilnya celaka.
Itulah yang terjadi bila tiang agama tak dibina.

Hidup makin gundah gulana,
Taktau kemana hala tujunya
Hanya yang ada dendam membara
Pilihlah neraka ataupun syurga

P/S : Jauh-jauh bau wangi. Dekat-dekat bau busuk. Erk.

Oct 25, 2011

Auni Teringin Nak Adaaa.....

Assalamualaikum

Dalam hidup auni, auni ada beberapa impian. Korang pon mesti ada jugak kan ? Impian auni ada yang da tercapai dan ada jugak yang belum tercapai. Salah satunya, auni teringin nak ada sebuah bilik.



Nak bilik macam ni ! Ada alatan yang lengkap. Hihi.

Bilik seorang designer. Cewah. Tapi bukanlah designer baju. Tu bukan minat auni. Auni nak design something else. Something yang kreatif.

Wah, menggunungnya cita-cita ! Hihi. Yelaaa selain melukis, boleh jugak amik tempahan macam jahit sarung bantal yang ada nama kita, buat pencil box comel-comel, phone case yang kreatif..key chain..

Dalam kepala otak ni da macam-macam idea yang masuk. Syok apa dapat wat present dengan tangan sendiri untuk family ke, kengkawan keee.. kan ?

Usaha tangga kejayaan. Harap-harap boleh la jadi kenyataan nanti ! Amin.  ^_____^

Oct 24, 2011

Sesi Gelak Ketawa : ' Surat Nok Mitok Tiang Gol Baru '

Assalamualaikum

Jom bergelak ketawa menghilangkan tekanan. Haha. Surat hok bikin ambe rasa nok gelok guling mase tolong bacakan untuk family ambe tengohari tadi.


Guane kate bukang nok nawwok kalu ambe pecoh perot duk bace surat hok ni. Haha. Tak tahaannnnn.

Bakal Apa Yang Pasti Untuk Kita ?

Assalamualaikum


Hari ni kita bagi santapan untuk rohani. Bukan jasmani je ada santapan tau. Ce korang fikir sekejap ye. Kalo korang bijak, mesti awal-awal korang da boleh fikir benda ni.


Kita mungkin bakal pengantin. Kita mungkin bakal graduan. Kita mungkin bakal doktor. Kita mungkin bakal kaya. Kita mungkin bakal papa. Kita mungkin bakal ahli perniagaan. Dan kita juga bakal...macam-macam la.


Sumenye ' Kita mungkin bakal... '. Cuba teka, bakal apa yang pasti untuk kita ? Pasti bakal ahli syurga ? Pasti bakal ahli nekara ? Sume tu belum tentu pasti.


Apa pon cara yang kita buat. Macam mana pon kita cuba lari. Menyorok la di dalam gua ke ape, kita takkan dapat lari dari ketentuan Allah. Yakni, kematian. Dan itu lah bakal yang pasti untuk kita.


Kita sume ni pasti bakal JENAZAH. Ke ada yang boleh lari dari jadi jenazah ? Besar mana pon pangkat kita, kaya mana pon kita, senang mana pon kita, sumenya da jelas dengan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 78 :


" Di mana saja kamu berada pasti mati mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat. "


Beruntung la bagi sesape yang selalu ingat ' Aku ni pasti bakal jenazah. ' 'Aku ni pasti bakal menemui kematian. ' Sebabnyaaa....


Pada suatu hari, Ibnu Omar r.a mendatangi Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya kepada Rasulullah dengan berkata:

"Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?"

Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."


Orang yang mengingati mati adalah orang yang paling cerdas dan paling pintar kerana kesedarannya tentang kematian akan membuatkan dia bertungkus lumus
dalam mencari bekal dan bersiap sedia untuk menghadap Rabb-nya.

Bukankah mereka orang yang beruntung ! Manakala orang yang rugi adalah orang yang lupa tentang kematian dan lupa yang dia juga pasti bakal jenazah.

Lambat atau cepat, kita pasti bakal jenazah. Bakal yang pasti. Jom sama-sama kita tingkatkan ibadah supaya kematian tu bukanlah menjadi something yang menakutkan untuk kita, tetapi, menjadi sumber inspirasi untuk kita terus beramal dan bersiap sedia dalam menempuh kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. 

Oct 23, 2011

Jiwa Terbeban

Assalamualaikum


Jiwa auni da rasa terbeban bila hasrat hati yang da lama auni simpan, tak dapat keizinan dari someone. Kita takkan dianggap sebagai seorang yang menderhaka selagi hasrat kita ni, hasrat yang baik dan ila mardhotillah. Betol tak ?

Bermujahadah memang pahit. Sentiasa ada halangannya walaupon hasrat ni auni tak jelaskan sebetolnya lagi. Apalah salahnya consider sikit. Ni takk..terus bangkang awal-awal.

Antara istiqamah atau tak, kena letak tepi la. Tak cuba, mana la nak tahu kemampuan kita kan ? Orang nak buat baik, pasti Allah tolong. InsyaAllah akan istiqamah sampai akhir nyawa kan ?

Mohon doa dari kalian supaya segala urusan auni dipermudahkanNYA ya. Amin.

Oct 21, 2011

Nikon D3000 @ RM1399. Nak beli tak ?

Assalamualaikum


Sebelum auni tido, auni nak gitau yang ni da kali ke bape puluhratus auni publish entri pasal ni tapi selalu tak jadi. Hihihi.

Tapi kali ni auni serius. Auni takkan tarik balik kata-kata auni. Auni memang nak jual DSLR Nikon D3000 auni skali ngan suma barang yang ada dalam gamba kat atas tu. DSLR ni auni baru guna setahun.

Masih dalam keadaan yang sangat-sangat baik sebab auni jaga macam nyawa auni. Benda mahal mana ade orang tak sayang melainkan orang tu insane. hihi.

Auni nak jual pada harga RM1399. If ada yang berminat, sila PM auni di fesbuk auni ya.

Giveaway Merentasi 4 Negeri Dalam 5H4M. Sape nak ?

Assalamualaikum


Alhamdulillah auni da settle perah otak pilih baju bajan sebelum disumbat ke dalam bag tadi. Da jadi kebiasaan kalo nak travel memana mesti wat list bape banyak baju yang harus digalas hebak nanti.

Auni nak wat giveaway [bagipegi] ni ! Haaa...mesti suka kan ? Da berangan nak travel ngan auni 5 hari 4 malam le tuh kan ? Ngaku pat ! Kalo tak, taknak bawak korang. Hihi

Sape la yang taknak kan ? Auni nak belanja merentasi 4 buah negeri without paid kot ! Mana lagi nak jumpa orang yang 'pemurah' macam auni ni ? Haha. Masuk bakul angkat sendiri. Fine.

Sebenarnya auni cuma nak bagi korang jeles je sebab auni nak pergi travel ngan family lah ! Tarak duit nak sponsor korang. Kejam kan auni ? Selalu je tak serius kalo bab-bab ni. Hihihi.

Eh eh jangan mara. Nanti auni jual baru tau. Besok sabtu, dengan izin Allah sesudah dhuha, auni adik dan mak ayah akan gerak ke Gemas, Nogori Sombilan. Kenduri kawin sedara.

Then, akan terus gerak ke Putrajaya, Selangor. Tido semalaman di rumah kakak sulong auni kat sana. Persint 18. Ahadnya pulak, kami akan gerak ke Seri Iskandar, Perak.

Disebabkan isnin depan harijadi sultan pahang, selasa dapat cuti dan rabu, deepavali..kami akan tido di Perak selama 4 hari bermula dari ahad ni la. Kat Perak tu umah kakak second auni.

Mak ayah rindu sangat kat cucu kesayangan. Sanggup berjalan jauh semata-mata nak jenguk cucu. Ish..bikin jeles je mak ayah sayang cucu lebihhh. Hihihi.

InsyaAllah rabu tu nanti kami akan naik ke Cameron Highlands, Pahang pulak. Jejalan amik angin jap pastu terus balik ke Kuantan ikut jalan Kuala Lipis.

Jauhnya perjalanan ! Cuti panjang yang menyeronokkan sedang menanti ! Semoga segalanya dipermudahkan tanpa sebarang masalah. Amin ya Rahman.

Auni's Get Involved In Politics. Who cares ?

Assalamualaikum

Memang da jadi kebiasaan tiap-tiap kali pilihanraya sume isu timbul. Terutama bila ada puak yang da mula takut kehilangan kuasa.

Macam-macam fitnah depa wat supaya hak belah ni nampak salah. Nampak tak betol. Gamba-gamba menghina, caci maki sumenya kuar. I'm still young to get involved in politics ? Who said ?

I'm already 19. Macam auni penah cakap dulu la, Saidina Ali sendiri berpolitik dari kecik. Lagipon otak ni da dewasa. Boleh pikir mana baik mana buruk. Ada nak kata apa-apa ? Silakan. ^__^   Mulut manusia kita takleh tutup.

Auni pon da lali da kena macam-macam. Yang paling penting, jelas lagi nyata, auni takkan pilih jalan ke neraka. ^__^

Kata ustaz Azhar Idrus, cara taknak masuk neraka cuma ada 2. Taat Allah.Taat Rasulullah. Kalo skang ni sibuk duk bantah hukum Allah, jangan duk bermimpi boleh bersenang-lenang masuk syurga Allah.

Kalo nak syurga, perjuangkanlah Islam ! Beriman lah pada Allah. Bukan beriman pada manusia yang ada pangkat tertinggi.

Bila orang berjawat tinggi kata ' jangan ', orang bawahan duk ikut kata dia. Abis sume pak ustaz, mufti-mufti, pendakwah belaka jadi manusia bertopeng syaitan. Nauzubillah.

Depa hak sepatutnya bangkit pertahankan Islam dan hukum-hukum Allah habis sume tunduk pada manusia. Takut. Dah tu, mana rasa takut pada Allah ? 

Undang-undang dunia boleh la nak lari sebab ada kuasa. Tapi ingatlah, undang-undang Allah nuuu...menanti kat sana nuuu. Masa tu Allah je berkuasa. Tak takut azab Allah ka ? Fikirlah manusia.

Jangan duk khabaq kosong. ' Alaa..takpe. Boleh tahan duk neraka 10 tahun pon. Pastu masuk syurga jugak.. ' Hidup kat dunia susah sikit pon duk mengeluh, berlagak kemain dengan azab Allah. Pastu konfiden je mati dalam nikmat Islam. Nauzubillah.

Cuba hang nyalakan lilin. Pastu letak jari hang kat atas nyalaan lilin. Tengok lama mana boleh bertahan panas api lilin tuh.

Kalo tak sampai seminit da terseksa ngan panas nyalaan lilin, tok sah duk khabaq hebak hang mampu bertahan ngan api neraka yang bape kali ganda jauh lebih panas !

Siapa pon yang pegang negara tak menjadi masalah selagi yang memegang tu laksanakan hukum Allah. Ikut syariat. Buang segala mazmumah. Hidup sebagai manusia. Bukan sebagai jelmaan syaitan laknatullah.

Minta maaf kalo ada yang tak suka. Tapi da memang kompemnye ada tetamu tak diundang datang serang auni sebab bangkit isu berasas politik ni nanti. Hihi. Cool beb, cool..

Auni tak takut selagi auni bercakap benda yang betul. Nak bagi manusia ni sedar sikit supaya hidup berlandaskan apa yang Allah da tetapkan dalam Al-Quran. Allah itu sentiasa bersama orang-orang yang benar dan dizalimi.

Semoga sama-sama mendapat hidayah dariNYA. Bangkitlah umat Muhammad ! Allahuakbar ! 

Oct 20, 2011

Perangai Huduh Auni. Hihi.

Assalamualaikum

SEKOLA TADIKA

Auni taktau la auni masih sama macam dulu ke tak. Tapi rasanya da berbeza sikit kot. Hihi. Masa zaman skola tadika, auni la budak paling bermasalah sekali.

Nak nampak batang hidung serombong kapal ni memang susah la. Mahal. Auni taktau hantu jembalang mana yang kacau auni sampai jadi pemalas tahap apa pon tak boleh.

Sampai skang pon cikgu tadika tu ingat lagi pasal auni. Duk sebut-sebut kalo terjumpa. Tapi kebiasaannya auni memang akan nyorok dulu. Takde-takdenya nak tersergam indah muka ni depan cikgu tuuu. Cabut ! Haha.  ^___^

Sampai satu tahap tu, auni da rasa sangat hebak da. Takyah pegi-pegi skola ni. Watpe pegi skola. Pepagi buta memang kena heret ngan mak atau ayah sampai ke bilik air. Serius, kena seret. Auni pejam mata tak bukak-bukak, tanda mogok taknak pi skola. Ish, teruk.   -.-'

Disebabkan auni budak pintar, auni cuma belaja tadika 3 bulan je. Haaa..korang ado coghodik macam auni ? Takdo kan ? That's why auni kata auni hebak. Takyah pi skola.

Hahaha..teruk je bunyi. Sebenarnya auni sengaja membehentikan diri supaya auni dapat bagi peluang kat budak-budak lain belaja. Kesian plak kat dorang nanti kalo auni ada. Erk. 

Dengan penuh mendabik dada kuar sekola tanpa sijil benti terhormat. Auni memang lesap terus. Takde toleh-toleh da. Takde jumpa-jumpa cikgu kata saya nak resign ke hape. Gangster bro. Haha

Le ni kalo adik badik sibuk duk punggah kotak, almari segala bagai mencari sijil tadika, auni memang wat dek je. Duduk silang kaki sambil makan lolipop tengok dorang mencari.

Yelaaaa, auni tak main la tadika-tadika. Masuk skola rendah terus. Kihkihkih. Itu yang sampai skang bila adik badik tengok siji tadika, dorang akan tanya dengan penuh keperlian... ' Ko ada sijil tadika ? Kiteorang adeeee. Hahaha. ' Haihhh

Oleh kerana kehebatan auni belaja tadika 3 bulan tu la auni dapat duk kelas pertama tau tak ! Pertama dari belakang. Bhahaha. Bukan takat tadika je wat hal. Masuk darjah satu pon ade citer.

Lagi panjang citernya ! Terbawak-bawak sampai ke tingkatan 5 perangai huduh tak semena-mena ni. Ponteng sekola. Ponteng koko. Ponteng kelas tambahan. Oppss..kantoi. hihi

Kalo berkumpul adik badik sedara mara main citer kisah kecik-kecik, memang auni la jadi mangsa ketawa terbahak-bahak dorang. Lagi-lagi citer masa darjah satu.

DARJAH SATU

Cikgu sharifah salwa. Guru kelas auni. Dia memang da masak da kalo pepagi ada budak melalak takmo masuk kelas.

Yang tukang heret auni atas lantai adalah bapak ku ! Masa dulu-dulu, berani la ko wat hal. Memang libasan paip la dapat. Tapi auni anak yang tak makan saman. Hihi. Ikut kepala auniiiiii je..ish, tak senonoh.

Selalunya ayah akan passing auni pada cikgu la. Bila cikgu pegang tangan tak kasi ikut ayah, memang mengamuk macam ape tah. Berlari kejar ayah. Pastu ayah tolak kat cikgu. Auni lari kat ayah balik. Ayah tolak lagi. Auni lari lagi. Macam tu la hari-hari.

Haha. Macam giler je auni ni masa tu. Erk. Seperti biasa bila cikgu da geram, memang cikgu guna kuasa vito la. Berlaku serahan kuasa. Cikgu heret auni masuk kelas.


Cikgu bentang tikar kat bahagian belakang cikgu, tepi tingkap. Da tak mampu nak berkata-kata dan melawan sebab penatttt..Ingat nangis tu tak penat ke ? Duk teran jugak air mata ni kasi kuar.

Bila da menepek atas tikar, auni kuatkan kaki berdiri tepi tingkap sambil nangis tersedu-sedu panggil ' ayahhhh...ayahhh...nak balikkkk.. ' uwwwaaaaaaa ! Hahaha. Auni boleh bayang lagi situasi tu.

Habis hitam baju sekola sebab main seret menyeret. Korang punya kenangan apa macam ? Share jom ! Hihihi. Teruk terukkk  ^_______________^  Tapi itulah kenangan !

Pre-Wedding | Halal Atau Haram

Assalamualaikum

Sebenarnya da lama perasan bab-bab pre-wedding photoshoot ni. Bagi auni, pre-wedding ni bercanggah dengan syariat Islam. Bukan nak kata auni ni alim ulama ke ape.

Sume ni sekadar pandangan dan teguran sebabnya auni rasa ikhtilat antara rijal dan nisa' ada batasannya, tak gitu ? Kalo yang bukan Islam tu takpela. Agama dorang mana ada hukum pasal ikhtilat.

[ gamba carian google ]

Yang sedihnya bila tengok orang Islam sendiri sakan ber'photoshoot' pre-wedding tanpa ada batasan. Belum diijab kabul lagi da boleh bersentuhan, cuit-cuit pipi dan segala bagai. Aurat pon tak dijaga. Harap dijauhi. Amin

Masa ibu ayah tak bagi nak nikah, pandai pulak kata 'saya nak buat benda baik. Nak dirikan masjid..' Wah, hebat je rasa bila kata nak dirikan masjid kan.  -.-''

Tapi masjid yang macam mana ye kalo awal-awal lagi hukum da campak ke laut. Nauzubillah. Bergaul bebas antara rijal dan nisa' yang tiada ikatan kan, haram.

Macam tu jugak photographer yang shoot gamba. Job dia da dikira sebagai yang haram sebabnya dia shoot gamba maksiat dengan rela hati. Lain la pasangan tu da diikat sah.

Pre-wedding ni da jadi budaya sebab tu tak nampak haram. Da biasa tengok kan. Memang kebanyakkannya akan menafikan. Macam kapel la. Bila da jadi budaya, sumenya buta tak nampak jalan. Betol bukan ?

Wallahualam. Kalo tersilap cakap, minta maaf la. Ini bagi pandangan auni. Lagipun masing-masing boleh menilai sendiri yang mana haram dan halal kan.


Cara-Cara Menutup Aurat Dengan Sempurna

Assalamualaikum


Superb quotes ! I love it ! Aurat takkan pernah tertutup hanya dengan berperangai baik, sifat lemah lembut ataupon solat. Aurat tetap aurat. 

Tapi korang tau tak macam mana nak tutup aurat dengan sempurna ? Haaaa....Jom auni kongsikan sesama ngan korang cara-cara menutup aurat yang dituntut oleh Islam.

Dalam surah An-Nisa' ayat 34, Allah SWT berfirman :

" Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. "

Sepotong ayat dari surah Al-A'raf ayat 26 Allah SWT berfirman :

" Hai keturunan anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian dan perhiasan. Dan pakaian taqwa itu adalah yang paling baik. "

MUKA dan LEHER

" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. "
a) Bersolek (make-up)
b) Menurut Miqtil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.

DADA

" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka. "

WANGIAN 

" Siapa sahaja wanita yang memakai bau wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka perempuan itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina. " [ Riwayat Nasa'i , Ibn Khuzaimah dan Hibban ]

KAKI ( Tumit Kaki )

" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. " [ An-Nur : 31 ]
a) Menampakkan kaki
b) Menghayunkan atau melenggokkan mengikut hentakkan kaki

Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??

" Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. " [ An-Nur : 31 ]

Kenapa wanita Islam wajib menutup aurat ?

Kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

" Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. "

Disertakan contohnya :


Bahagian mana yang boleh diperlihatkan ?

Rasulullah s.a.w telah bersabda :

" Bahawa anak perempuan bila sudah cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua telapak tangannya hingga pergelangan. " [ H.R. Abu Daud ]

MUKA dan TANGAN

Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali tangan dan wajahnya sahaja. "  [ Riwayat Muslim dan Bukhari ]

P/S : Semoga kita dijauhi azab nerakaNYA dengan memakai pakaian yang lebih sempurna. Amin

Oct 19, 2011

Labuh Tudung Ku

Assalamualaikum


Auni suka dengan kata-kata pada gamba tu. Pakaian kita yang menutup aurat tak melambangkan bahawa kita seorang yang alim, ada ilmu agama tinggi atau seorang yang beriman.

Tapi pakaian yang menutup aurat tu adalah satu kewajipan bagi setiap insan yang bergelar mukmin. Yakni, orang-orang Islam. 

Menutup aurat bukan membalut aurat. Renung-renungkan dan selamat beramal.


9 Mimpi Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

" Sampaikanlah pesananku kepada umatku walaupun dengan sepotong ayat. "

Jadinya, auni nak sampaikan la pesanan Baginda untuk kita sume. Auni petik dari buku yang auni baca tak lama dulu. Tajuk buku tu Sakit Apakah Ubatnya ? Terbitan WJSB esources. Buku ni terbahagi kepada beberapa bahagian.

Antara bahagian-bahagian tu auni lebih interest pada bahagian Mutiara Keimanan. Auni pilih untuk berkongsi pasal 9 MIMPI RASULULLAH SAW :




Nabi Muhammad saw bersabda :

" Sesungguhnya aku telah didatangi mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka, malaikat itu terhalang perbuatannya disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua ibubapanya.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, maka, ia telah selamat oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka, ia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahannam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat.  Setiap kali dia mendatangi satu telaga, dia dihalang dari meminumnya. Ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan. Setiap kali itu dia diusir, maka, menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurna sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya. Dia sendiri di dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya. Maka, menjelmalah sifat silaturrahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka, segeralah menjelma pahala sedekah yang ikhlas kerana Allah SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Subhanallah. Cukup hebat, bukan ? Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar terutama sekali buat diri auni yang banyak noda dan dosa ni.  ^__^

Oct 18, 2011

Buta Bisu Bakhil Papa Lelaki Pilihanku

Assalamualaikum

Untuk malam ni saje, auni abiskan masa dengan membaca notes salah seorang dari kenalan auni di fesbuk. Dalam banyak-banyak notes, auni tertarik dengan yang satu ni.

Notes yang lain pon memang menarik. Auni suka baca kesemuanya ! Bermanfaat dan berguna. Sedikit sebanyak dapat la jugak memulihkan perasaan yang tengah gundah gulana ni kan. huhu

Cumanya malam ni hati lebih cenderung untuk tertarik dengan notes yang tajuknya macam title entri auni malam ni. Cewah

Bercakap soal lelaki idaman memang peberet auni lah. Hihi. Takde la sampai dicop tahap gatal yang maksimum. Lumrah manusia kan ada naluri macam ni. Korang pon sama kan kan ? Eleh, buat taktau. Cepat ngaku !  ^____^

Auni pon manusia biasa jugak. Punya angan-angan. Punya impian. Kalo diberi pilihan, auni nak lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa nih ! Tak kire ! Nak jugak ! Hiiiii....Sebabnya lelaki macam ni la yang akan membawa auni ke jalan syurga kelak, insyaAllah.


Seorang lelaki yang aku idamkan

Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tak bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa


Tapi kannn...ada lagi ke lelaki idaman kalbu yang macam ni ya ? Tertanya-tanya jugak. Mungkin ada, mungkin juga takda. Wallahualam.


Ish..angan-angan tinggi menggunung. Diri sendiri kena cermin dulu la auni oi ! Hihihi. Kalo nak lelaki soleh, hang pon kena solehahkan diri hang dulu naaa..


Bukan maghah...nasihat. Kena yakin ngan janji Allah. Wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik. Tak gitu ? Hmmm...mudah-mudahan la auni juga dapat jadi wanita solehah. Amin ya Rahman. 


Eh, bukan auni je. Korang pon moga-moga dapat jadi wanita solehah ya ! Cepat-cepat amin. Jom kita solehahkan diri kita sesama !  ^_____^

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ?

Assalamualaikum

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah :

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja…tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.


Sume ni sekadar perkongsian bersama serta untuk menyedarkan diri auni yang masih lagi separuh sedar ni. Semoga bermanfaat untuk kita ye. Amin Ya Allah.

Oct 16, 2011

Merokok ? Nabi Tak Mengaku Umat

Assalamualaikum




Merokok ? Erk. Daripada dulu auni anti-perokok. Rokok itu haram. Sape yang cakap ? Kalo takde yang cakap pon boleh pikir sendiri kan ? 


Allah berikan kita kesihatan yang baik. Organ yang sempurna. Kenapa nak rosak kan ? Bukan ke merokok tu seolah-olah membunuh diri sendiri secara perlahan-lahan ? Dan membunuh diri adalah haram disisi agama.  


Manusia adalah sebaik-baik ciptaan kerana Allah mengurniakan otak dan akal supaya manusia boleh membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Tapi kenapa tak gunakan ? 


Alahai perokok...jangan tersinggung. Kalo tak sayang diri sendiri sekali pon , kasihanilah orang yang tersayang. Risiko orang yang menyedut asap rokok pon sama je bahayanya.


Meh sini nak kasi tau sikit sejarah terciptanya rokok. Auni amik dari perkongsian kat fesbuk. Semoga bermanfaat ya.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : 


"Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata : Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka."



Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW :

 “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)

Nabi sendiri tak mengaku umat. Wake up la smokers ! STOP SMOKING ! 

Entri Penghargaan | Kak Umairah

Assalamualaikum

Hari Ahad. Hari minggu. Binggo ! Lepas zohor auni merempit sepantas kilat menuju ke banda. Yeah. Da lama tak kuar ni.  ^___^

Syukur still ada kak mai yang sentiasa sudi jadi gepren auni selalu.Hiiii. Takde la terpinga-pinga sangat kuar sorang-sorang kan ?

Like usual...before six memang akan balik la. Takkan duk kat banda tu sampai senja. Badan pon cepat terasa penat skang ni.

Erk. Kalah ibu mengandung. Auni taknak citer pasal apa aktiviti kami. Entri ni khas untuk kak mai. Auni nak ucap bebanyak terima kasih.

Kak mai memang cool. Tak penah pon bagi alasan kalo auni ajak teman auni kuar. Yang paling penting skali, kak mai tak penah lokek apa-apa pon. Ada je benda yang nak di bagi.

Terima kasih untuk :


Kak Mai's wishes. Walaupon da lepas tapi masih lagi fresh ni benak otak dan hati auni ! Hiiii ^___^


Lama akak simpan besday present auni kan. Da sebulan lebih. Nyanyok ye lupa nak kasi masa raya hari tu ? Haha. No.no.no. Auni tak jahat. Nakal sikit jelah.  

Is it pashmina kak ? Hiiii...cantek ! Macam tuan hok bagi kat auni. Uhuk. And my new pren. Kasi nama Demoky buleh ? Sebab dia bulat gemokkkkk ! Nak nampak nama Amerika sikit, tambah la Y kat belakang. Comel kan kan. Haha.


Yang wajib hadir masa auni ngedate ngan Greeny. Yezza ! I have Creamy and friends. Juga ahli baru, Demoky !

Kak mai, thanks a lot ya ! Syukur auni ada teman dan sahabat yang pemurah. Alhamdulillah. Segala kebaikan akak hanya Allah yang dapat membalasnya. Amin ya Allah.

P/S : al-Hijab bikin singa yang garang menjerit. Penakut jugak rupanya. Haha.