Oct 19, 2011

9 Mimpi Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

" Sampaikanlah pesananku kepada umatku walaupun dengan sepotong ayat. "

Jadinya, auni nak sampaikan la pesanan Baginda untuk kita sume. Auni petik dari buku yang auni baca tak lama dulu. Tajuk buku tu Sakit Apakah Ubatnya ? Terbitan WJSB esources. Buku ni terbahagi kepada beberapa bahagian.

Antara bahagian-bahagian tu auni lebih interest pada bahagian Mutiara Keimanan. Auni pilih untuk berkongsi pasal 9 MIMPI RASULULLAH SAW :




Nabi Muhammad saw bersabda :

" Sesungguhnya aku telah didatangi mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka, malaikat itu terhalang perbuatannya disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua ibubapanya.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, maka, ia telah selamat oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka, ia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahannam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat.  Setiap kali dia mendatangi satu telaga, dia dihalang dari meminumnya. Ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan. Setiap kali itu dia diusir, maka, menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurna sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya. Dia sendiri di dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya. Maka, menjelmalah sifat silaturrahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka, segeralah menjelma pahala sedekah yang ikhlas kerana Allah SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Subhanallah. Cukup hebat, bukan ? Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar terutama sekali buat diri auni yang banyak noda dan dosa ni.  ^__^

4 comments:

Marliyana Mk said...

enteri best :)

thanks..good info..same2 la kite perbaiki diri

EZAN IDMA said...

insYAllah akan diperbaiki diri. thanks share :)

Auni said...

Marliyana : yuk perbaiki sama2 ! :)

Auni said...

Ezan Idma : insyaAllah amin..same2 ! ^__^