Hari ni kita bagi santapan untuk rohani. Bukan jasmani je ada santapan tau. Ce korang fikir sekejap ye. Kalo korang bijak, mesti awal-awal korang da boleh fikir benda ni.
Kita mungkin bakal pengantin. Kita mungkin bakal graduan. Kita mungkin bakal doktor. Kita mungkin bakal kaya. Kita mungkin bakal papa. Kita mungkin bakal ahli perniagaan. Dan kita juga bakal...macam-macam la.
Sumenye ' Kita mungkin bakal... '. Cuba teka, bakal apa yang pasti untuk kita ? Pasti bakal ahli syurga ? Pasti bakal ahli nekara ? Sume tu belum tentu pasti.
Apa pon cara yang kita buat. Macam mana pon kita cuba lari. Menyorok la di dalam gua ke ape, kita takkan dapat lari dari ketentuan Allah. Yakni, kematian. Dan itu lah bakal yang pasti untuk kita.
Kita sume ni pasti bakal JENAZAH. Ke ada yang boleh lari dari jadi jenazah ? Besar mana pon pangkat kita, kaya mana pon kita, senang mana pon kita, sumenya da jelas dengan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 78 :
" Di mana saja kamu berada pasti mati mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat. "
Beruntung la bagi sesape yang selalu ingat ' Aku ni pasti bakal jenazah. ' 'Aku ni pasti bakal menemui kematian. ' Sebabnyaaa....
Pada suatu hari, Ibnu Omar r.a mendatangi Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya kepada Rasulullah dengan berkata:
"Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?"
Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."
Orang yang mengingati mati adalah orang yang paling cerdas dan paling pintar kerana kesedarannya tentang kematian akan membuatkan dia bertungkus lumus
dalam mencari bekal dan bersiap sedia untuk menghadap Rabb-nya.
Bukankah mereka orang yang beruntung ! Manakala orang yang rugi adalah orang yang lupa tentang kematian dan lupa yang dia juga pasti bakal jenazah.
Lambat atau cepat, kita pasti bakal jenazah. Bakal yang pasti. Jom sama-sama kita tingkatkan ibadah supaya kematian tu bukanlah menjadi something yang menakutkan untuk kita, tetapi, menjadi sumber inspirasi untuk kita terus beramal dan bersiap sedia dalam menempuh kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment