Alhamdulillah auni da settle perah otak pilih baju bajan sebelum disumbat ke dalam bag tadi. Da jadi kebiasaan kalo nak travel memana mesti wat list bape banyak baju yang harus digalas hebak nanti.
Auni nak wat giveaway [bagipegi] ni ! Haaa...mesti suka kan ? Da berangan nak travel ngan auni 5 hari 4 malam le tuh kan ? Ngaku pat ! Kalo tak, taknak bawak korang. Hihi
Sape la yang taknak kan ? Auni nak belanja merentasi 4 buah negeri without paid kot ! Mana lagi nak jumpa orang yang 'pemurah' macam auni ni ? Haha. Masuk bakul angkat sendiri. Fine.
Sebenarnya auni cuma nak bagi korang jeles je sebab auni nak pergi travel ngan family lah ! Tarak duit nak sponsor korang. Kejam kan auni ? Selalu je tak serius kalo bab-bab ni. Hihihi.
Eh eh jangan mara. Nanti auni jual baru tau. Besok sabtu, dengan izin Allah sesudah dhuha, auni adik dan mak ayah akan gerak ke Gemas, Nogori Sombilan. Kenduri kawin sedara.
Then, akan terus gerak ke Putrajaya, Selangor. Tido semalaman di rumah kakak sulong auni kat sana. Persint 18. Ahadnya pulak, kami akan gerak ke Seri Iskandar, Perak.
Disebabkan isnin depan harijadi sultan pahang, selasa dapat cuti dan rabu, deepavali..kami akan tido di Perak selama 4 hari bermula dari ahad ni la. Kat Perak tu umah kakak second auni.
Mak ayah rindu sangat kat cucu kesayangan. Sanggup berjalan jauh semata-mata nak jenguk cucu. Ish..bikin jeles je mak ayah sayang cucu lebihhh. Hihihi.
InsyaAllah rabu tu nanti kami akan naik ke Cameron Highlands, Pahang pulak. Jejalan amik angin jap pastu terus balik ke Kuantan ikut jalan Kuala Lipis.
Jauhnya perjalanan ! Cuti panjang yang menyeronokkan sedang menanti ! Semoga segalanya dipermudahkan tanpa sebarang masalah. Amin ya Rahman.
No comments:
Post a Comment