Oct 20, 2011

Pre-Wedding | Halal Atau Haram

Assalamualaikum

Sebenarnya da lama perasan bab-bab pre-wedding photoshoot ni. Bagi auni, pre-wedding ni bercanggah dengan syariat Islam. Bukan nak kata auni ni alim ulama ke ape.

Sume ni sekadar pandangan dan teguran sebabnya auni rasa ikhtilat antara rijal dan nisa' ada batasannya, tak gitu ? Kalo yang bukan Islam tu takpela. Agama dorang mana ada hukum pasal ikhtilat.

[ gamba carian google ]

Yang sedihnya bila tengok orang Islam sendiri sakan ber'photoshoot' pre-wedding tanpa ada batasan. Belum diijab kabul lagi da boleh bersentuhan, cuit-cuit pipi dan segala bagai. Aurat pon tak dijaga. Harap dijauhi. Amin

Masa ibu ayah tak bagi nak nikah, pandai pulak kata 'saya nak buat benda baik. Nak dirikan masjid..' Wah, hebat je rasa bila kata nak dirikan masjid kan.  -.-''

Tapi masjid yang macam mana ye kalo awal-awal lagi hukum da campak ke laut. Nauzubillah. Bergaul bebas antara rijal dan nisa' yang tiada ikatan kan, haram.

Macam tu jugak photographer yang shoot gamba. Job dia da dikira sebagai yang haram sebabnya dia shoot gamba maksiat dengan rela hati. Lain la pasangan tu da diikat sah.

Pre-wedding ni da jadi budaya sebab tu tak nampak haram. Da biasa tengok kan. Memang kebanyakkannya akan menafikan. Macam kapel la. Bila da jadi budaya, sumenya buta tak nampak jalan. Betol bukan ?

Wallahualam. Kalo tersilap cakap, minta maaf la. Ini bagi pandangan auni. Lagipun masing-masing boleh menilai sendiri yang mana haram dan halal kan.


8 comments:

Umie Artoqiemie said...

setuju ngan Auni :)

SYAFIQAHSALEH said...

setuju! sekarang nie dah mcm mcm bnda..tunang pun nak bersanding..bersederhana jelah dalam semuanya :)

Auni said...

UMIE ARTOQIEMIE : kan kan ? Sepatutnya takde bnda2 cam ni. hmmm

Auni said...

SYAFIQAHSALEH : itu la kan..nak nikah ni ikut sunnah dan ila mardhotillah. tp bila jadi pembaziran dan hukum dilanggar, mcm mna nak dpt mardhotillah..nauzubillah. moga dijauhi.

azRyn said...

setuju.. pandainya auni buat entry gini.. ;)

Auni said...

AZRYN : hihi..kebetulan je tuhhh.. ^__^

Hanan Ben said...

:)

Auni said...

HANAN BEN : hanan sangat pemurah dgn senyuman kann..hihi ^___^