Nov 27, 2011

Jodoh Cinta Ku

Assalamualaikum


Jodoh Cintaku,

Di bumi Allah,

Apa khabar, Cinta ?

Dalam warkah ini, aku ingin menyampaikan kepadamu bahawa aku masih menunggumu dengan setia dan penuh kerinduan, dalam malam yang dipenuhi doa yang panjang.

Usia sememangnya meninggalkan jejak pada diriku. Begitu juga episod-episod cintaku. Suratan takdir membuatkan aku sedar bahawa kau belum ditakdirkan untuk ku temui.

Hanya iman di dada mampu membuat aku terus cekal menunggumu di sini. Semoga aku tetap diberikan keteguhan hati dan kesabaran dalam menantimu, Jodoh Cintaku.

Salam sayang,
Jodoh Cintamu

P/S : Warkah dari novel Jodoh Cinta. 

Nov 17, 2011

Hidup Bersahabat Umpama Kasut ?

Assalamualaikum


Kasut yang baru keluar dari kilang nampak cantik dan bersih. Semua orang nak dekati. Sume orang nak memilikinya. Bila da lama memakainya, akan timbul la sedikit kekotoran padanya. 

Apabila ia merebak menjadi sepasang kasut yang sudah lusuh dan koyak sedikit, takde guna lagi disimpan. Lebih baik buang daripada merawat dan membaik pulih semula.

Macam tu la sesetengah hidup bersahabat. Pada permulaan persahabatan, sumenya nampak baik. Sangat senang untuk rasa didampingi sahabat tu. Rasa selesa.

Lama kelamaan, perangai sebenar sahabat tu akan menyerlah. Baik buruknya pasti timbul sedikit demi sedikit sehingga dia tidak lagi merasa bersalah apabila melakukan kesilapan dalam persahabatan.

Dan menjadi satu kesilapan bagi kita sebagai sahabat kerana tidak menegur kesilapan yang dilakukan. Malah membiarkan dia terus hanyut dengan kesilapan tersebut sehinggakan dia menjadi lebih parah.

Lebih teruk lagi apabila kita terus membuangnya sebagai sahabat tanpa memberi teguran dan memperbetulkan kesilapan yang di buatnya.

Itulah fitrah manusia yang lebih suka menghukum sebelum mendidik.

Nov 13, 2011

Yang Tertutup Itu Indah !

Assalamualaikum

Da masuk waktu zohor ni. Kalo belum solat, pegi solat dulu ya. Skang ni auni ngah baca novel sebenarnya. Auni tertarik ngan ayat yang ada dalam novel ni.

So, auni nak berkongsi kat sini. Novel Sebarkan Cinta-Mu. Penulisnya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Pada muka surat 75 :


" Yang tertutup itu indah. Buku yang kita sayang pun kita sampul, inikan pula aurat yang kita sucikan. Kejadian tubuh badan wanita jauh lebih indah daripada lelaki. 

Allah memuliakan keindahan kita dengan perintah menutupnya. Ia hanya layak ditunjukkan kepada orang yang berhak. Sebab itu, kita perlu berterima kasih kepada Allah. 

Allah menyuruh kita menutup aurat adalah tanda Dia sayang kepada kita dan tanda kita ini cantik. Seronok bukan, diciptakan sebagai makhluk yang cantik ? "

P/S : Ilmu yang baik adalah ilmu yang mengingatkan kita pada Allah S.W.T.

Nov 8, 2011

Kenapa Awak Selalu Cuci Muka ?

Assalamualaikum




A : Kenapa awak selalu cuci muka ? 


B : Ish, mesti la kena selalu cuci supaya nampak cantik. Takkan nak biar muka ni berkarah je.

Jawapan tu macam tak sesuai kot nak diguna pakai. Orang yang dengar pon macammmm...erk ? okay. Nampak kerek pon ada jugak kan. Berdasarkan pengalaman sendiri. Hihihi

Apa kata lepas ni kalo ada yang tanya, kita jawab cam ni :

A : Kenapa awak selalu cuci muka ?


B : Menjaga dan menghargai kurniaan Allah.

Berbeza kan ? Allah kurniakan kecantikan pada setiap makhlukNya. Takde yang buruk. Seandainya luaran tak kelihatan begitu cantik, mungkin dalamannya yang kelihatan cantik.

Allah pasti kurniakan kita sifat yang cantik walaupon hanya satu kerana sebaik-baik ciptaan adalah manusia. Cumanya terpulang pada kita sendiri macam mana nak hargainya kurniaan Allah kepada kita yang digelar 'sebaik-baik manusia' tu.

Wallahualam.

Nov 2, 2011

Nov 1, 2011

Contest : My View My World

Assalamualaikum

Wah, da lama tak join mana-mana contest ni. Thanks pada kak Nuurul yang sudi invite auni untuk join contest dia ! Terasa macam vvvip la pulak. Hik.


Tu dia contestnya ! Untuk syarat-syarat pulak, klik pada banner kat atas ni ye kengkawan. Kita join sesama eh. Mana tau ada rezeki nak menang ke kan kan.

So, kak Nuurul..ni gamba yang auni nak taruhkan untuk contest hebak akak nih ! Hihi. Photog by myself lah sebabnya tu antara syarat akak right ?

Hopefully view ni cantik la untuk memenangi hati kak Nuurul eh. Hihihi.




I'm done, kak Nuurul !  ^____________________________^