Dec 31, 2012

Tutorial Pertama

Di Kuantan masih lagi dalam keadaan hujan panas hujan panas. Namun, demi menuntut ilmu dan menunaikan azam semester baru ini kami redah sahaja untuk menghadiri kuliah pertama hari ini di bangunan sekolah pengajian Islam yang terletak tidak jauh dari asrama muslimat.

Tutorial 19. Terasa seperti otak ini kembali segar setelah hampir dua bulan merehatkan otak dan minda. Alhamdulillah, cukup semua muslimat kelas dakwah semester tiga. Muslimin pula bagaimana ? Kenapa hanya tiga orang yang hadir ? Kemana pergi yang lain-lain ?

Berlegar-legar soalan itu di kepala. "Ramai yang extend sem." Tiba-tiba terdengar ayat itu dari salah seorang muslimin yang hadir seolah-olah memahami riyak mata ini. Allahurabbi ! Berkurang lagi warga dakwah semester tiga, ya. Apa-apa pun semoga dipermudahkan segala urusan kalian dan kami semua.

Ketika sedang sibuk berbual dengan adik sekelas, pintu bilik tutorial di buka perlahan. Ustaz Muhammad ! Wah, penuh sekali buku-buku ditangan ustaz. Agak-agaknya apalah yang akan dipelajari dalam subjek Qira'at dan Hafazan kali ini. Hmm.

Jika hafazan..ianya sama sahaja seperti subjek Tahfiz semester-semester lepas. Yang berbeza cuma surah yang perlu di hafaz dan di tasmi' pada ustaz. Waqi'ah dan Jumu'ah untuk hafazan semester ini. Kalau Qira'at pula setakat yang ustaz maklumkan tadi, kami akan belajar mengenai imam-imam, perawi, cara bacaan imam dan sama waktu dengannya. In shaa Allah.

Kiranya, subjek Qira'at ini agak berat juga. Carry mark 50 peratus. Final exam pun 50 peratus. Tapi in shaa Allah, bila kita mencuba dan berusaha belajar ilmu Allah, bantuan Allah itu pasti datang kepada kita. Kita hanya perlu yakin, percaya, berusaha dan berdoa. Selebihnya tawakkal sahaja pada Allah.

Alhamdulillah, kelas Qira'at tadi dapat sedikit nota-nota bantuan dari ustaz untuk memudahkan kerja kami menghafaz beberapa perkara dan kami sudahpun mendapat assignment pertama ! Syukran ustaz. Doa penutup dari ustaz tadi sungguh menyentuh hati. Rasa seperti ingin mengalir sahaja airmata.

Mudah-mudahan Allah memelihara ilmu yang kami pelajari dan mengembalikan ilmu itu pada saat kami terlupa. Semoga dengan mempelajari ilmu al-Quran ini menjadi nadi untuk kehidupan kami dan menjadi tempat kami meraih ketenangan hati. Allahumma aamiin. Senyum sokmo deh ! ^_^




Dec 30, 2012

Teruskan Menjadi Pemberi. Kita Takkan Rugi.


Aku menulis apabila aku melihat apa yang sedang berlaku di sekeliling aku sekarang. Mahu sahaja dilontarkan secara bersemuka tetapi bimbang jika kata-kata aku akan mengguris hati orang. Ya kerana ketika kita bercakap kita, kebanyakkan waktunya kita tidak sedar bahawa kita berada dalam keadaan emosi yang mengawal kita atau kita yang mengawal emosi, bukan ?

Jadi, aku hamparkan melalui penulisan ini supaya orang lain mengambil iktibar dan sebagai muhasabah diri sendiri juga. Moga penulisan ini tidak bersifat emosi dan mampu membawa semua kepada taubat. In Shaa Allah.

Aku yakin ramai yang sudah tahu tentang sikap Nabi Muhammad s.a.w. terhadap seorang tua yahudi yang buta itu kan ? Tapi tak mengapa. Cerita ini sekadar contoh bersama.

Salah satu rutin harian Baginda ialah memberi makan jirannya iaitu seorang lelaki yahudi  tua yang buta. Setiap kali Baginda menyuapnya makan, orang tua itu akan mengutuk Baginda. Mencaci Baginda. Mengatakan yang bukan-bukan tentang Baginda. Padahal dia tidak tahu bahawa orang yang selalu menyuapnya makan ialah Baginda, Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

Sehinggalah pada saat Nabi s.a.w. wafat, Abu Bakar bertanya kepada Aisya r.a. “Apa lagi perbuatan Nabi s.a.w. yang belum aku buat ?” Jawab Aisyah r.a. “Baginda selalu menyuapkan makanan kepada yahudi buta, jiran sebelah rumah.”

Mendengarkan hal itu, Abu Bakar terus pergi kepada yahudi buta itu untuk disuapkan makanan. Seperti biasa yahudi buta itu akan memaki dan mengutuk Nabi s.a.w. Lalu Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut yahudi buta itu. Yahudi buta itu meludah semula makanan yang disuapkan oleh Abu Bakar dan berkata,

“Aku tahu kau bukanlah orang yang selalu menyuap aku setiap hari. Aku tak nak kau yang menyuapkan aku. Aku nak orang yang selalu suapkan aku itu kerana cara dia sangat lembut. Dia menyuap ku makan dengan lemah lembut. Bukan macam kau. Kau kasar.”

Kemudian Abu Bakar berkata, “Orang yang selalu menyuap kau setiap hari itu telah wafat dan dia adalah orang yang selalu kau hina. Dia ialah Nabi Muhammad s.a.w.” Mendengar berita itu, yahudi buta itu tersungkur dan menangis. Lalu dia memeluk Islam hanya kerana akhlak Baginda yang mulia.

Lihatlah betapa besarnya hikmah disebalik kesabaran dan kebaikan Baginda. Cuba kaji semula diri kita. Kita nakkan kebahagiaan, tetapi kita tak bagi kebahagiaan pada orang lain. Kita nak dihormati, tetapi kita tak hormati orang lain. Kita nak orang mudahkan urusan kita, tetapi kita tak mudahkan urusan orang lain. Kita nak orang jaga aib kita, tetapi kita tak jaga aib orang lain. Kita nak hidup tenang, tetapi kita tak usaha beri ketenangan pada orang lain. Kita nak orang hargai kita, tetapi kita sendiri tak hargai orang lain.

Terfikir tak dimana silapnya ? Kita nak itu. Kita nak ini. Nak, nak dan nak. Kita cuma nak jadi penerima. Taknak jadi pemberi. Itulah silapnya kita. Orang buat baik, kita balas baik. Orang buat jahat, kita balas baik. Refer semula kisah Baginda tadi. Walaupun yahudi buta itu menghina dan mencacinya, ada atau tidak Baginda membenci dan menyimpan dendam ? Jawapan tidak ada. Malah, Baginda terus mengiringi kejahatan yahudi buta tadi dengan kebaikan.

Kata Nabi s.a.w. :

“Orang yang paling binasa adalah orang yang tidak menyebarkan rahmat Allah kepada orang lain.”

Sekadar muhasabah diri bersama. Semoga kita semua mampu menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Jadilah tangan yang selalu memberi tanpa mengharap balasan untuk menjadi penerima satu masa nanti kerana balasan buat mu sudah pasti menanti dengan izin Allah. Senyum sokmo deh ! ^_^

Sep 23, 2012

"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?"

Assalamu'alaikum

Kelmarin, ketika sedang khusyuk menyiapkan tugasan, terasa seperti ada yang menghantar sesuatu di muka buku. Laju saja jari ini menaip email dan password untuk menerobos laman sesawang itu. Ternyata apa yang terdetik dihati merupakan satu realiti.

Aku menerima sebuah pesanan daripada salah seorang adik yang mana boleh dikatakan agak akrab kerana saling berkongsi pendapat dan nasihat. Maha Hebatnya Allah kerana mengurniakan sesuatu yang aku perlu untuk aku terus kuat berjuang demi persahabatan yang suci.



"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.



Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.

"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.

"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.

Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?

Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.

Tidak Cemburu

Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.

Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.

Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.

Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.

Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.

Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat

Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.

Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.

Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.

Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..

Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..

"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.

"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.

Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.

Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.

Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya.

_____________________________________________________

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Syukran jiddan kepada ukhti Su untuk pesanan yang sangat berguna ni. 

Sep 18, 2012

Talk On Syria


Assalamu’alaikum


“Auni..malam ni datang tau.”

Pesanan dari seorang sahabat seperjuangan. Malam tu ada ‘Talk On Syria 2’ di dewan utama kolej auni. Penceramah dari luar datang. Wakil Muslim Cares, Ustaz Ridhuan Muhammad Nor. Ustaz Ridhuan ni seorang penulis buku jugak. Antara buku-buku yang beliau tulis, Travelog Luka Airmata Syria dan Cinta Di Langit Gaza.

Banyak sangat pengetahuan baru yang auni dapat. Sejujurnya la sebelum-sebelum ni auni tak pernah nak amik port pasal Syria, Palestine, Gaza dan negara Islam yang lain. Tak penah rasa nak amik tahu pon pasal kesengsaraan dorang. Pasal penderitaan dorang. Yang auni tahu, dorang tengah berperang. Hidup tak aman.

Allah…

Rasa kesal dengan diri sendiri. Selama bertahun dorang menderita kerana perbuatan musuh Islam yang zalim. Dan selama bertahun tu jugak auni banyak bazirkan waktu buat perkara yang sia-sia. Sepatah doa untuk dorang di sana pun auni tak penah mohon pada Allah. Terasa kejam dan pentingkan diri sendiri sangat-sangat ! Moga Allah ampunkan dosa-dosa ku. Allahumma aamiin.

Apa yang membuatkan auni terbuka hati untuk amik tahu pasal saudara-saudara di sana bermula pada malam auni habiskan masa berta’aruf dengan sahabat seperjuangan auni tu. Dari pengalaman hidup masing-masing hinggalah menyentuh soal minat. Dia tau auni minat baca novel-novel cinta Islamik. Dia faham auni ada motif dan niat yang tersendiri. Bukan untuk saja-saja.

Beruntungnya ada hati yang selalu mampu husnudzon dengan orang lain kan ? Subhanallah. Bersyukur sangat bila ada yang sudi beri pendapat dan teguran. Katanya,

“Tak salah pun nak baca novel-novel cinta Islamik. Na pun penah baca novel-novel macam tu jugak. Auni ada tak terfikir kita ni tengah usaha nak jaga hati tapi dalam masa yang sama sebenarnya kita tak jaga pun hati ni. Betul tak kalo Na kata, bila kita baca novel-novel cinta, hati kita pasti berbunga-bunga jugak kan ? Even tu novel Islam.” Dia tersenyum.

Serius, auni sangat setuju dengan apa yang dia cakap. Kata nak jaga hati tapi takde perlaksanaan yang sebenar-benarnya pun. Ada jugak duk berangan-angan masa baca novel tu..Auni..auni..

“Bukan takleh baca, auni. Boleh. Tapi pasni kita cuba kurangkan sikit baca novel cinta Islamik dan tambahkan bacaan tentang perjuangan plak. Kan lebih menjaga hati tu. Betol tak ?”
“Hidup ni lebih indah bila kita kenal erti sebuah perjuangan.”

Malam talk show hari tu banyak jugak tayangan video pasal Syria. Mereka di hina, dipaksa mengucap atas nama Basyar Assad, mereka disembelih, mereka diseksa dengan zalim ! Kanak-kanak sekecil 2 bulan pun menjadi tahanan. Si ibu yang kematian anak menangis syukur kerana anak yang dilahirkan syahid di medan perjuangan.

Setiap hari pasti ada yang terkorban dan diseksa angkara Basyar Assad dan sekutunya. Keadaan di sana sangat-sangat teruk ! Mereka seperti hidup dalam banjiran darah manusia. Mereka dalam keadaan ketakutan setiap masa. Tapi tidak terdengar satu perkataan mengeluh pun dari mulut mereka. Apa yang meniti di bibir adalah kalimah LAILAHAILLALLAH ! Ujian yang sebegitu besar tidak menjauhkan mereka dari Allah. Ujian yang sebegitu besar tidak sedikit pun menjatuhkan semangat juang mereka. Allahuakbar ! Hebatnya erti sebuah cinta terhadap Allah. Hebatnya erti sebuah perjuangan sehingga mereka tidak gentar untuk terus berdiri di jalan Allah walau bermacam ancaman yang mereka hadapi.

Hampir di pengakhiran program malam tu, kami ditayangkan sekali lagi dengan video luka di Syria. Tiba di pertengahan tayangan, video terhenti dan terdengar jeritan suara dari tempat duduk atas dewan.

“We are born to kill !”

Lepas auni menoleh dari melihat orang yang menjerit tu, terdengar bunyi dentuman dari setiap pintu dewan. Ada tentera-tentera masuk bersama senjata mereka dan menghampiri beberapa orang wanita berpurdah dan menerajang kerusi dimana tempat wanita itu duduk. Mereka tercampak ke lantai dan diheret.

Badan terasa seram sejuk. Jantung berdengup laju dari biasa. Sungguh ! Auni terkejut dengan gimik yang dorang buat. Dengan keadaan gelap, penuh pergelutan dan jeritan yang bercampur-campur, terasa seolah-olah auni berada dalam tayangan video tu. Tak sedar rupanya tangan ni da menggenggam kemas tangan sahabat auni di sebelah.

Zahirnya badan ni nampak kaku kerana terpana. Tapi dalam hati, terasa sayu sekali bila terfikirkan sesuatu. ‘Ni hanya lakonan. Tapi rasa takut tak terhingga. Macam mana kalau aku yang berada di Syria sana. Ujian sekecil zarah pun mampu buat diri ni kufur. Apatah lagi ujian sebesar tu. Allahhhh…’

Betul kata Na. Bila kita kenal erti sebuah perjuangan..bila kita cinta akan sebuah perjuangan..yang pahit akan jadi manis. Pernah auni terbaca kata-katanya di blog,

“Allah tahu apa yang terbaik. Aku ada tanggungjawab untuk dipikul. Aku bukan muslimah lemah yang hanya fikir tentang cinta Adam dan Hawa. Aku ingin lebih berkorban kerana cinta pada Nya. Baik perjalananku, nafasku hanya terhenti setelah aku lafazkan kata cinta LAILAHAILALLAH.

Srikandi berkata di penanya. Jauhkan dirimu dari dinodai dan terjerumus ke arahnya. Latihlah diri dengan sifat sabar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan sebuah jihad dan kefahaman juga dambakan syahid.

Bila meletakkan Allah sebagai priority, dimata manusia memang nilainya pahit, tetapi di hati kita nilainya manis.”

Biiznillah, begitu juga auni. Moga diri ni tidak lagi sibuk mengejar cinta manusia semata. Kena lebih melatih diri menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dari sebelum ni, insyaAllah.

Ya Allah, Kau hancurkanlah Basyar Assad dan semua musuh-musuh agama Mu, ya Allah ! Hancurkan mereka, ya Allah ! Hancurkan mereka, ya Allah ! Lindungi para pejuang Islam dari dizalimi, ya Allah. Kau tetapkanlah syahid bagi pejuang agama Mu yang tidak pernah gentar terus berdiri menegakkan kalimah Mu, ya Allah. Allahumma aamiin.

Feb 5, 2012

Seharian Di SMA Al-Ehsan

Assalamualaikum

Wah, lamanya tak update belog ! Nak kata busy, takde la busy mana. Mungkin takde idea kot nak cakap apa. Alhamdulillah, auni sehat-sehat aje kat sini.

Minggu ni auni tak balik umah. Busy dengan latihan choral speaking. Hari selasa ni kena present untuk english week. First time ni join choral speaking.

Kalo bukan sebab markah 15% , memang auni tak join la benda-benda cam ni. Segan. Hihihi. Malam ni pon ada latihan lagi. Moga-moga urusan kami dipermudahkanNya. Amin.

Semalam auni sangat-sangat la kepenatan macam kawan-kawan lain jugak. Sebabnya sehari suntuk jadi fasi di SMA Al-Ehsan, Kuantan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Dari jam 7 pagi sampai la jam 6.30 petang takde rehat. Ni pon first time jadi fasi. Alhamdulillah, jadi salah seorang yang terpilih. Dapat la satu experience baru. Walaupon penat, auni tetap enjoy !


Mula-mula tiba di SMA Al-Ehsan. Auni, Adila, Mira dan Kak Sufi.


Rehat sebentar. Penat sangat berjalan edar risalah kat orang ramai. Tapi maintain lagi boleh bergamba bagai. Hihi. Thanks pada adik-adik yang bagi kerjasama.


Uhibbukum fillah. Bertemunya kita kerana Allah. Berpisahnya kita tak jejas ukhuwah, insyaAllah.  ^_^


Kreatif. Ada yang sanggup tidur kul 3 pagi semata-mata nak siapkan banner untuk sambutan maulidur Rasul semalam. Bersungguh adik-adik ni. Bagus kan ? Teringat plak zaman skola dulu. Rindu.



Pertandingan Khat je yang ada gamba sebabnya auni yang bertugas masa pertandingan khat ni dijalankan semalam. Cantik kan ? Jeles betol tengok tulisan khat dorang.

Kalo auni yang tulis khat ni rasa-rasanya jadi tulisan urdu agaknya !  Mana tak nyeee..tulisan jawi pon failed, camne nak tulis khat ? Hihihi.

Apa-apa pon semalam adalah hari yang sangat fun untuk auni. Lepas ni kalo ada apa-apa program, harapnya terpilih la lagi,.Huhu. Fii amanillah. Assalamualaikum sume.  ^__^