Dec 31, 2012

Tutorial Pertama

Di Kuantan masih lagi dalam keadaan hujan panas hujan panas. Namun, demi menuntut ilmu dan menunaikan azam semester baru ini kami redah sahaja untuk menghadiri kuliah pertama hari ini di bangunan sekolah pengajian Islam yang terletak tidak jauh dari asrama muslimat.

Tutorial 19. Terasa seperti otak ini kembali segar setelah hampir dua bulan merehatkan otak dan minda. Alhamdulillah, cukup semua muslimat kelas dakwah semester tiga. Muslimin pula bagaimana ? Kenapa hanya tiga orang yang hadir ? Kemana pergi yang lain-lain ?

Berlegar-legar soalan itu di kepala. "Ramai yang extend sem." Tiba-tiba terdengar ayat itu dari salah seorang muslimin yang hadir seolah-olah memahami riyak mata ini. Allahurabbi ! Berkurang lagi warga dakwah semester tiga, ya. Apa-apa pun semoga dipermudahkan segala urusan kalian dan kami semua.

Ketika sedang sibuk berbual dengan adik sekelas, pintu bilik tutorial di buka perlahan. Ustaz Muhammad ! Wah, penuh sekali buku-buku ditangan ustaz. Agak-agaknya apalah yang akan dipelajari dalam subjek Qira'at dan Hafazan kali ini. Hmm.

Jika hafazan..ianya sama sahaja seperti subjek Tahfiz semester-semester lepas. Yang berbeza cuma surah yang perlu di hafaz dan di tasmi' pada ustaz. Waqi'ah dan Jumu'ah untuk hafazan semester ini. Kalau Qira'at pula setakat yang ustaz maklumkan tadi, kami akan belajar mengenai imam-imam, perawi, cara bacaan imam dan sama waktu dengannya. In shaa Allah.

Kiranya, subjek Qira'at ini agak berat juga. Carry mark 50 peratus. Final exam pun 50 peratus. Tapi in shaa Allah, bila kita mencuba dan berusaha belajar ilmu Allah, bantuan Allah itu pasti datang kepada kita. Kita hanya perlu yakin, percaya, berusaha dan berdoa. Selebihnya tawakkal sahaja pada Allah.

Alhamdulillah, kelas Qira'at tadi dapat sedikit nota-nota bantuan dari ustaz untuk memudahkan kerja kami menghafaz beberapa perkara dan kami sudahpun mendapat assignment pertama ! Syukran ustaz. Doa penutup dari ustaz tadi sungguh menyentuh hati. Rasa seperti ingin mengalir sahaja airmata.

Mudah-mudahan Allah memelihara ilmu yang kami pelajari dan mengembalikan ilmu itu pada saat kami terlupa. Semoga dengan mempelajari ilmu al-Quran ini menjadi nadi untuk kehidupan kami dan menjadi tempat kami meraih ketenangan hati. Allahumma aamiin. Senyum sokmo deh ! ^_^




Dec 30, 2012

Teruskan Menjadi Pemberi. Kita Takkan Rugi.


Aku menulis apabila aku melihat apa yang sedang berlaku di sekeliling aku sekarang. Mahu sahaja dilontarkan secara bersemuka tetapi bimbang jika kata-kata aku akan mengguris hati orang. Ya kerana ketika kita bercakap kita, kebanyakkan waktunya kita tidak sedar bahawa kita berada dalam keadaan emosi yang mengawal kita atau kita yang mengawal emosi, bukan ?

Jadi, aku hamparkan melalui penulisan ini supaya orang lain mengambil iktibar dan sebagai muhasabah diri sendiri juga. Moga penulisan ini tidak bersifat emosi dan mampu membawa semua kepada taubat. In Shaa Allah.

Aku yakin ramai yang sudah tahu tentang sikap Nabi Muhammad s.a.w. terhadap seorang tua yahudi yang buta itu kan ? Tapi tak mengapa. Cerita ini sekadar contoh bersama.

Salah satu rutin harian Baginda ialah memberi makan jirannya iaitu seorang lelaki yahudi  tua yang buta. Setiap kali Baginda menyuapnya makan, orang tua itu akan mengutuk Baginda. Mencaci Baginda. Mengatakan yang bukan-bukan tentang Baginda. Padahal dia tidak tahu bahawa orang yang selalu menyuapnya makan ialah Baginda, Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

Sehinggalah pada saat Nabi s.a.w. wafat, Abu Bakar bertanya kepada Aisya r.a. “Apa lagi perbuatan Nabi s.a.w. yang belum aku buat ?” Jawab Aisyah r.a. “Baginda selalu menyuapkan makanan kepada yahudi buta, jiran sebelah rumah.”

Mendengarkan hal itu, Abu Bakar terus pergi kepada yahudi buta itu untuk disuapkan makanan. Seperti biasa yahudi buta itu akan memaki dan mengutuk Nabi s.a.w. Lalu Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut yahudi buta itu. Yahudi buta itu meludah semula makanan yang disuapkan oleh Abu Bakar dan berkata,

“Aku tahu kau bukanlah orang yang selalu menyuap aku setiap hari. Aku tak nak kau yang menyuapkan aku. Aku nak orang yang selalu suapkan aku itu kerana cara dia sangat lembut. Dia menyuap ku makan dengan lemah lembut. Bukan macam kau. Kau kasar.”

Kemudian Abu Bakar berkata, “Orang yang selalu menyuap kau setiap hari itu telah wafat dan dia adalah orang yang selalu kau hina. Dia ialah Nabi Muhammad s.a.w.” Mendengar berita itu, yahudi buta itu tersungkur dan menangis. Lalu dia memeluk Islam hanya kerana akhlak Baginda yang mulia.

Lihatlah betapa besarnya hikmah disebalik kesabaran dan kebaikan Baginda. Cuba kaji semula diri kita. Kita nakkan kebahagiaan, tetapi kita tak bagi kebahagiaan pada orang lain. Kita nak dihormati, tetapi kita tak hormati orang lain. Kita nak orang mudahkan urusan kita, tetapi kita tak mudahkan urusan orang lain. Kita nak orang jaga aib kita, tetapi kita tak jaga aib orang lain. Kita nak hidup tenang, tetapi kita tak usaha beri ketenangan pada orang lain. Kita nak orang hargai kita, tetapi kita sendiri tak hargai orang lain.

Terfikir tak dimana silapnya ? Kita nak itu. Kita nak ini. Nak, nak dan nak. Kita cuma nak jadi penerima. Taknak jadi pemberi. Itulah silapnya kita. Orang buat baik, kita balas baik. Orang buat jahat, kita balas baik. Refer semula kisah Baginda tadi. Walaupun yahudi buta itu menghina dan mencacinya, ada atau tidak Baginda membenci dan menyimpan dendam ? Jawapan tidak ada. Malah, Baginda terus mengiringi kejahatan yahudi buta tadi dengan kebaikan.

Kata Nabi s.a.w. :

“Orang yang paling binasa adalah orang yang tidak menyebarkan rahmat Allah kepada orang lain.”

Sekadar muhasabah diri bersama. Semoga kita semua mampu menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Jadilah tangan yang selalu memberi tanpa mengharap balasan untuk menjadi penerima satu masa nanti kerana balasan buat mu sudah pasti menanti dengan izin Allah. Senyum sokmo deh ! ^_^