Aku menulis apabila aku melihat apa yang sedang berlaku
di sekeliling aku sekarang. Mahu sahaja dilontarkan secara bersemuka tetapi
bimbang jika kata-kata aku akan mengguris hati orang. Ya kerana ketika kita
bercakap kita, kebanyakkan waktunya kita tidak sedar bahawa kita berada dalam
keadaan emosi yang mengawal kita atau kita yang mengawal emosi, bukan ?
Jadi, aku hamparkan melalui penulisan ini supaya orang
lain mengambil iktibar dan sebagai muhasabah diri sendiri juga. Moga penulisan
ini tidak bersifat emosi dan mampu membawa semua kepada taubat. In Shaa Allah.
Aku yakin ramai yang sudah tahu tentang sikap Nabi
Muhammad s.a.w. terhadap seorang tua yahudi yang buta itu kan ? Tapi tak
mengapa. Cerita ini sekadar contoh bersama.
Salah satu rutin harian Baginda ialah memberi makan
jirannya iaitu seorang lelaki yahudi tua
yang buta. Setiap kali Baginda menyuapnya makan, orang tua itu akan mengutuk
Baginda. Mencaci Baginda. Mengatakan yang bukan-bukan tentang Baginda. Padahal
dia tidak tahu bahawa orang yang selalu menyuapnya makan ialah Baginda, Nabi
Muhammad s.a.w. sendiri.
Sehinggalah pada saat Nabi s.a.w. wafat, Abu Bakar
bertanya kepada Aisya r.a. “Apa lagi perbuatan Nabi s.a.w. yang belum aku buat
?” Jawab Aisyah r.a. “Baginda selalu menyuapkan makanan kepada yahudi buta,
jiran sebelah rumah.”
Mendengarkan hal itu, Abu Bakar terus pergi kepada
yahudi buta itu untuk disuapkan makanan. Seperti biasa yahudi buta itu akan
memaki dan mengutuk Nabi s.a.w. Lalu Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut
yahudi buta itu. Yahudi buta itu meludah semula makanan yang disuapkan oleh Abu
Bakar dan berkata,
“Aku tahu kau bukanlah orang yang selalu menyuap aku
setiap hari. Aku tak nak kau yang menyuapkan aku. Aku nak orang yang selalu
suapkan aku itu kerana cara dia sangat lembut. Dia menyuap ku makan dengan
lemah lembut. Bukan macam kau. Kau kasar.”
Kemudian Abu Bakar berkata, “Orang yang selalu menyuap
kau setiap hari itu telah wafat dan dia adalah orang yang selalu kau hina. Dia
ialah Nabi Muhammad s.a.w.” Mendengar berita itu, yahudi buta itu tersungkur
dan menangis. Lalu dia memeluk Islam hanya kerana akhlak Baginda yang mulia.
Lihatlah betapa besarnya hikmah disebalik kesabaran dan
kebaikan Baginda. Cuba kaji semula diri kita. Kita nakkan kebahagiaan, tetapi
kita tak bagi kebahagiaan pada orang lain. Kita nak dihormati, tetapi kita tak
hormati orang lain. Kita nak orang mudahkan urusan kita, tetapi kita tak
mudahkan urusan orang lain. Kita nak orang jaga aib kita, tetapi kita tak jaga
aib orang lain. Kita nak hidup tenang, tetapi kita tak usaha beri ketenangan
pada orang lain. Kita nak orang hargai kita, tetapi kita sendiri tak hargai
orang lain.
Terfikir tak dimana silapnya ? Kita nak itu. Kita nak
ini. Nak, nak dan nak. Kita cuma nak jadi penerima. Taknak jadi pemberi. Itulah
silapnya kita. Orang buat baik, kita balas baik. Orang buat jahat, kita balas
baik. Refer semula kisah Baginda tadi. Walaupun yahudi buta itu menghina dan
mencacinya, ada atau tidak Baginda membenci dan menyimpan dendam ? Jawapan
tidak ada. Malah, Baginda terus mengiringi kejahatan yahudi buta tadi dengan
kebaikan.
Kata Nabi s.a.w. :
“Orang yang paling binasa adalah orang yang tidak
menyebarkan rahmat Allah kepada orang lain.”
Sekadar muhasabah diri bersama. Semoga kita semua mampu menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Jadilah tangan yang selalu memberi tanpa mengharap balasan untuk menjadi penerima satu masa nanti kerana balasan buat mu sudah pasti menanti dengan izin Allah. Senyum sokmo deh ! ^_^
No comments:
Post a Comment