Jul 18, 2017

Wanderlust : Singapore

Jumaat baru ni 14 Julai auni pergi Singapore seharian tapi dalam banyak-banyak list tempat yang nak pergi cuma empat atau lima je yang kesampaian sebab Singapore hujan. Frust tu frust la juga tapi pujuk hati macam biasa la kan. Husnudzon dengan plan Allah yang jauh lebih baik dari kita. So, takde la rasa sedih sangat. Lain kali kalau Allah izin lagi nak repeat datang sini pergi Sentosa Island sebab dah cancel plan asal.

                Mulanya plan nak masuk SG by bus tapi rasa macam tak selesa nak bawa anak jalan rushing-rushing. Lagipun first time pergi. So, ajak kakak yang stay kat Gelang Patah tu follow sekali. Dia la yang tolong drive sepanjang perjalanan. Koi boleh drive tapi takde lesen memang tak dapek laa hahaha. Kami gerak dari Gelang Patah ke Tuas checkpoint dalam jam 10 pagi. Sampai sana jam 10 lebih. Alhamdulillah jalan tak jem. Maybe sebab orang dah masuk kerja kot.

                Checkpoint pertama of course la imigresen Malaysia. Dorang cuma nak tengok passport and IC je. Kalau semua clear dipersilakan ke imigresen Singapore pulak. Sebelum ke kaunter imigresen SG akan ada pegawai dorang yang check bonet kereta. Driver jela yang kena turun. Yang lain duk diam-diam. Kat kaunter dorang nak tengok passport and white card. White card ni wajib ada kalau nak masuk SG. Kalau takde, korang kena pergi office dorang untuk isi form. Kalau pergi 10 orang, 10 orang tu takde white card, sepuluh-sepuluh la kena angkut pergi office. Syukur la sebelum masuk SG memang dah siap-siap minta tolong kawan ambilkan white card tu. So, kami dah siap-siap isi form kat rumah.

Ni la rupa white card tu yaaaa

                Benda kedua korang wajib ada kalau drive sendiri, kad Autopass. Kalau takde, time kat kaunter imigresen korang inform kat pegawai imigresen tu korang first time drive masuk SG. Pegawai tu akan tunjuk cara nak beli autopass. Make sure sebelum masuk SG korang dah convert duit siap-siap, okay. Autopass tu harga $10 tapi dalam tu cuma ada $4. Means, korang kena topup la. Topup ada merata-rata. Hari tu kami topup kat 7E je. Kenapa perlu ada autopass card ? Sebab kat sana parking, tol semua guna autopass. Tak boleh bayar cash. Lebih kurang macam Touch n Go la. Bezanya Touch n Go boleh kongsi guna tapi Autopass hanya boleh guna untuk satu kereta sahaja. Ibarat IC untuk kereta.



                Berkenaan VEP (Vehicle Entry Permit) kalau korang first time masuk SG dengan kereta korang tak perlu risau la sebab tak kena caj pun. Free je masuk. Kalau takkkk mau beratus jugak kena caj. Fuhhh...Pasal tol, korang tak perlu susah berhenti macam tol Malaysia. Korang lalu je bawah palang ERP tu. Dorang dah siap tolak dari Autopass card. Malaysia bila lagi ? hahaha

Yang ni google image sebab tak teringat pulak nak snap gambar ERP ni haaa

                First tempat yang kami tuju of course Sentosa Island. Dah siap cari parking dalam Vivo City Mall, kami semangat nak jalan kaki kat Broadwalk Sentosa haha tapi tengok je luar mall, masya Allah hujan lebatnyaaaa. So, terpaksa ubah plan dan cancel ke Sentosa Island untuk Skyride and USS hmm. Masing-masing perut dah lapar. Masuk kereta bedal makan nasi lauk ayam masak merah, bekal dari rumah kakak. Tips jimat okayyy hahaha. Then, kami gerak keluar mall cari jalan ke Esplanade Theatre. First thing first cari signboard P for parking haha sebab kat sana tak boleh parking tepi-tepi jalan. Kena cari car park. Biasanya car park dorang dalam bangunan. Kat luar pun ada je. Yang penting dua-dua berbayar. So, no choice kikiki.

 Dari Esplanade Theatre kami jalan kaki ke Jubilee Bridge. Ya Allah, happy nya dapat jugak sampai sini. Antara tempat dalam wishlist. Dari Jubilee Bridge korang boleh tengok view of Singapore city and Marina Bay. Tapi tu laaa hari hujan. View pun kabur-kabur je. Disebabkan kami datang jauh-jauh and tak tau bila lagi boleh datang SG, kami redah je bergambar dalam hujan. Payung pun ada satu je. Memang tak muat la nak kongsi enam orang. So, siapa yang pegang phone untuk shoot gamba, orang tu la yang dapat payung sebab phone kita tak waterproof uollss hahaha. Oh ya, satu lagiiii..dari Esplanade Theatre tu kalau nak ke Merlion Park tempat patung singa yang muntah air  tu korang boleh jalan kaki je thru Jubilee Bridge. Tak jauh pun.






Settle posing-posing kami ke next destination. Pun antara wishlist nak pergi ; Old Hill Street Police Station. Kalau tak silap, dulu bangunan ni penjara pertama dekat SG tapi sekarang dah jadi Ministry of Communications and Information. Sebenarnya nak cari tempat dalam SG tak susah kalau korang guna waze. Macam auni, awal-awal dah beli simcard travel dari Hello1010. Tapi simcard tu untuk data sahaja. Phone call and SMS tak boleh tau. Bila dah beli simcard travel tu tak perlu la roaming. Lagipun bab-bab roaming ni malas nak confident sangat. Risau balik-balik Malaysia bil phone melambung tak pasal-pasal.

Old Hill Street Police Station

Laluan jalan kaki bawah tanah

Dari Old Hill Street Police Station ke Fort Canning Park. History dia tak ingat tapi ada kaitan dengan Perang Dunia Kedua. Sebelah park ada National Museum of Singapore. Bergamba jela sebab nak sangat free activity kan hahaha nak masuk kena bayar entrance fee plak. Jam 3.30 petang lepas dah basah kuyup ke hulu ke hilir tadiii kami terus ke Masjid Sultan kat Bugis. Solat dan salin baju untuk attend wedding sahabat sekolej kat Muslim Delight Wedding Sevices bawah Hotel Concorde. Thanks Adila Juri for your invitation. Moga Allah redha dan kekalkan pernikahan korang berdua hingga syurga. Allahumma aamiin.




Gamba kat depan Fort Canning Park tak lawa so up gamba jalan dia je hahaha





Jam 6.30 petang dah settle bergamba dengan pengantin baruuuu dah kenyang makan kat kenduriiiii auni pujuk kakak pergi Esplanade Theatre sekali lagi sebab teringin nak tengok night view of Singapore. Sekali lagi parking kat tempat yang sama. Tak tahu nak cakap apa dah. Ilmu yang Allah bagi pada kita yang cuma setitis air di lautan pun kita dah nampak gah, apalagi kalau Allah bagi semua ilmu Dia, Allahurobbi. Bangunan-bangunan tinggi, lampu warna warni yang terang, semua asalnya kuasa Allah. View malam tu walaupun masih hujan, tetap cantik SUBHANALLAH. Rasa macam nak stay sana je untuk dua tiga malam tapi belum rezeki lagi.






Jam 9 malam kami dah gerak keluar dari Singapore. Make sure Autopass cukup balance untuk bayar semua caj tol masa korang dalam SG. Touch n Go pun at least ada RM20 untuk bayar return caj masa kat imigresen Malaysia. Jalan time balik tu tak jem sangat tapi ambil masa jugak la. Kami selamat sampai Gelang Patah dalam jam 10.30 malam. For the next day, bawa kawan jalan-jalan round JB. Tu jela kot. Bye korang ! 

Bubur Nasi No.1 Sentosa JB. Serius, memang terbaik !


Somtam Pop Pop terbaik dari ladang kilang bateri

Sebelum balik try sekali Vietnam Coffee @Chaiwalla & Co

Shateq jela kita suruh posing kat Bazar Karat sebab dia first time jalan JB :p

No comments: