Assalamu’alaikum
“Auni..malam ni datang tau.”
Pesanan dari seorang sahabat
seperjuangan. Malam tu ada ‘Talk On Syria 2’ di dewan utama kolej auni.
Penceramah dari luar datang. Wakil Muslim Cares, Ustaz Ridhuan Muhammad Nor.
Ustaz Ridhuan ni seorang penulis buku jugak. Antara buku-buku yang beliau
tulis, Travelog Luka Airmata Syria dan Cinta Di Langit Gaza.
Banyak sangat pengetahuan
baru yang auni dapat. Sejujurnya la sebelum-sebelum ni auni tak pernah nak amik
port pasal Syria, Palestine, Gaza dan negara Islam yang lain. Tak penah rasa
nak amik tahu pon pasal kesengsaraan dorang. Pasal penderitaan dorang. Yang
auni tahu, dorang tengah berperang. Hidup tak aman.
Allah…
Rasa kesal dengan diri
sendiri. Selama bertahun dorang menderita kerana perbuatan musuh Islam yang
zalim. Dan selama bertahun tu jugak auni banyak bazirkan waktu buat perkara
yang sia-sia. Sepatah doa untuk dorang di sana pun auni tak penah mohon pada
Allah. Terasa kejam dan pentingkan diri sendiri sangat-sangat ! Moga Allah
ampunkan dosa-dosa ku. Allahumma aamiin.
Apa yang membuatkan auni
terbuka hati untuk amik tahu pasal saudara-saudara di sana bermula pada malam
auni habiskan masa berta’aruf dengan sahabat seperjuangan auni tu. Dari
pengalaman hidup masing-masing hinggalah menyentuh soal minat. Dia tau auni
minat baca novel-novel cinta Islamik. Dia faham auni ada motif dan niat yang
tersendiri. Bukan untuk saja-saja.
Beruntungnya ada hati yang
selalu mampu husnudzon dengan orang lain kan ? Subhanallah. Bersyukur sangat
bila ada yang sudi beri pendapat dan teguran. Katanya,
“Tak salah pun nak baca
novel-novel cinta Islamik. Na pun penah baca novel-novel macam tu jugak. Auni
ada tak terfikir kita ni tengah usaha nak jaga hati tapi dalam masa yang sama
sebenarnya kita tak jaga pun hati ni. Betul tak kalo Na kata, bila kita baca
novel-novel cinta, hati kita pasti berbunga-bunga jugak kan ? Even tu novel
Islam.” Dia tersenyum.
Serius, auni sangat setuju
dengan apa yang dia cakap. Kata nak jaga hati tapi takde perlaksanaan yang
sebenar-benarnya pun. Ada jugak duk berangan-angan masa baca novel tu..Auni..auni..
“Bukan takleh baca, auni.
Boleh. Tapi pasni kita cuba kurangkan sikit baca novel cinta Islamik dan
tambahkan bacaan tentang perjuangan plak. Kan lebih menjaga hati tu. Betol tak
?”
“Hidup ni lebih indah bila
kita kenal erti sebuah perjuangan.”
Malam talk show hari tu
banyak jugak tayangan video pasal Syria. Mereka di hina, dipaksa mengucap atas
nama Basyar Assad, mereka disembelih, mereka diseksa dengan zalim ! Kanak-kanak
sekecil 2 bulan pun menjadi tahanan. Si ibu yang kematian anak menangis syukur
kerana anak yang dilahirkan syahid di medan perjuangan.
Setiap hari pasti ada yang
terkorban dan diseksa angkara Basyar Assad dan sekutunya. Keadaan di sana
sangat-sangat teruk ! Mereka seperti hidup dalam banjiran darah manusia. Mereka
dalam keadaan ketakutan setiap masa. Tapi tidak terdengar satu perkataan mengeluh
pun dari mulut mereka. Apa yang meniti di bibir adalah kalimah LAILAHAILLALLAH
! Ujian yang sebegitu besar tidak menjauhkan mereka dari Allah. Ujian yang
sebegitu besar tidak sedikit pun menjatuhkan semangat juang mereka. Allahuakbar
! Hebatnya erti sebuah cinta terhadap Allah. Hebatnya erti sebuah perjuangan
sehingga mereka tidak gentar untuk terus berdiri di jalan Allah walau bermacam
ancaman yang mereka hadapi.
Hampir di pengakhiran program
malam tu, kami ditayangkan sekali lagi dengan video luka di Syria. Tiba di
pertengahan tayangan, video terhenti dan terdengar jeritan suara dari tempat
duduk atas dewan.
“We are born to kill !”
Lepas auni menoleh dari
melihat orang yang menjerit tu, terdengar bunyi dentuman dari setiap pintu
dewan. Ada tentera-tentera masuk bersama senjata mereka dan menghampiri
beberapa orang wanita berpurdah dan menerajang kerusi dimana tempat wanita itu
duduk. Mereka tercampak ke lantai dan diheret.
Badan terasa seram sejuk.
Jantung berdengup laju dari biasa. Sungguh ! Auni terkejut dengan gimik yang
dorang buat. Dengan keadaan gelap, penuh pergelutan dan jeritan yang
bercampur-campur, terasa seolah-olah auni berada dalam tayangan video tu. Tak
sedar rupanya tangan ni da menggenggam kemas tangan sahabat auni di sebelah.
Zahirnya badan ni nampak kaku
kerana terpana. Tapi dalam hati, terasa sayu sekali bila terfikirkan sesuatu.
‘Ni hanya lakonan. Tapi rasa takut tak terhingga. Macam mana kalau aku yang
berada di Syria sana. Ujian sekecil zarah pun mampu buat diri ni kufur. Apatah
lagi ujian sebesar tu. Allahhhh…’
Betul kata Na. Bila kita
kenal erti sebuah perjuangan..bila kita cinta akan sebuah perjuangan..yang
pahit akan jadi manis. Pernah auni terbaca kata-katanya di blog,
“Allah tahu apa yang
terbaik. Aku ada tanggungjawab untuk dipikul. Aku bukan muslimah lemah yang
hanya fikir tentang cinta Adam dan Hawa. Aku ingin lebih berkorban kerana cinta
pada Nya. Baik perjalananku, nafasku hanya terhenti setelah aku lafazkan kata
cinta LAILAHAILALLAH.
Srikandi berkata di
penanya. Jauhkan dirimu dari dinodai dan terjerumus ke arahnya. Latihlah diri
dengan sifat sabar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan
sebuah jihad dan kefahaman juga dambakan syahid.
Bila meletakkan Allah
sebagai priority, dimata manusia memang nilainya pahit, tetapi di hati kita
nilainya manis.”
Biiznillah, begitu juga auni.
Moga diri ni tidak lagi sibuk mengejar cinta manusia semata. Kena lebih melatih
diri menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dari sebelum ni, insyaAllah.
Ya Allah, Kau hancurkanlah
Basyar Assad dan semua musuh-musuh agama Mu, ya Allah ! Hancurkan mereka, ya
Allah ! Hancurkan mereka, ya Allah ! Lindungi para pejuang Islam dari dizalimi,
ya Allah. Kau tetapkanlah syahid bagi pejuang agama Mu yang tidak pernah gentar
terus berdiri menegakkan kalimah Mu, ya Allah. Allahumma aamiin.
No comments:
Post a Comment