Cukup sebulan
cuti semester. Terlalu banyak perkara yang dilalui sepanjang sebulan ini.
Kadang-kala cukup menggoyahkan hati. Cukup menggoyahkan iman. Mahu tidak mahu
tetap juga perlu dihadap. Pilihan itu ada tapi cukup terhad.
Melihat
masalah dan ujian yang ditimpakan ke atas manusia sekeliling cukup membuat aku
rasa bersyukur dengan apa yang aku miliki. Walau sekuat mana ujian yang jatuh
membebani otak dan akal ku takkan mungkin sama dengan ujian yang jauh lebih
hebat yang manusia lain hadapi.
Qana’ah.
Sentiasa
berasa cukup agar tidak ada sekelumit keluhan pun yang terpancul keluar dari
mulut. Lidah itu tajam. Kata-kata yang mampu menusuk hati manusia lain termasuk
diri sendiri. Kadang-kadang oleh kerana tajamnya lidah itulah kita diuji.
Kurangnya makanan
rohani sepanjang cuti semester menyebabkan otak jadi tepu dan tak mampu
berfikir dengan waras. Apa yang ada cuma rasa sunyi tanpa sahabat-sahabat.
Keadaan sunyi itulah yang selalu menganggu hati. Rasa sayu. Rasa rindu. Dalam keadaan
begitulah syaitan suka mencucuk-cucuk hati supaya ‘sakit’.
Jika syaitan
tak pernah berputus asa untuk mengajakmu ke neraka, kenapa mesti kau berputus
asa untuk meraih syurga ? Ah, perasaan yang benar-benar gila !
Patut dibiarkan
saja berlalu. Bilamana aku cuba menyelusuri perjalanan sahabat-sahabat yang
bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara bulan 9 nanti, cukup buat hati ini
terubat. Ya, terubat dengan semangat mereka. Terubat dengan kegigihan mereka.
Moga tercapai cita-cita kalian untuk ke Indonesia dan Jordan.
“Su tunggu
kak Auni di Jordan, insha-Allah.” Kata-kata dan senyuman Su sentiasa bermain di
minda sebelum aku melelapkan mata. Allahumma robbi yassir wa la tuassir.
Sama ada
tercapai atau tidak cita-cita untuk ke sana itu bukan urusan aku untuk
tentukan. Itu semua kerja Allah. Yang penting usaha, doa dan tawakkal. Takkan
mungkin tangan yang menadah doa akan mendapat pulangan yang kosong dariNya.
Bersungguh-sungguh
lah !
3 comments:
In Sha Allah ada rezeki adik dpt smbung kat sana. Amin n good luck dear
Insha-Allah kak...syukran atas doanya !`:))
Salam awak.. Sy terjumpa blog awak ni.. dan terus follow.. first baca entry awak tentang knapa awak pakai niqab.. sebenarnya sy tertarik n nak blajar.. hehe.. malu
Post a Comment