Oct 20, 2011

Perangai Huduh Auni. Hihi.

Assalamualaikum

SEKOLA TADIKA

Auni taktau la auni masih sama macam dulu ke tak. Tapi rasanya da berbeza sikit kot. Hihi. Masa zaman skola tadika, auni la budak paling bermasalah sekali.

Nak nampak batang hidung serombong kapal ni memang susah la. Mahal. Auni taktau hantu jembalang mana yang kacau auni sampai jadi pemalas tahap apa pon tak boleh.

Sampai skang pon cikgu tadika tu ingat lagi pasal auni. Duk sebut-sebut kalo terjumpa. Tapi kebiasaannya auni memang akan nyorok dulu. Takde-takdenya nak tersergam indah muka ni depan cikgu tuuu. Cabut ! Haha.  ^___^

Sampai satu tahap tu, auni da rasa sangat hebak da. Takyah pegi-pegi skola ni. Watpe pegi skola. Pepagi buta memang kena heret ngan mak atau ayah sampai ke bilik air. Serius, kena seret. Auni pejam mata tak bukak-bukak, tanda mogok taknak pi skola. Ish, teruk.   -.-'

Disebabkan auni budak pintar, auni cuma belaja tadika 3 bulan je. Haaa..korang ado coghodik macam auni ? Takdo kan ? That's why auni kata auni hebak. Takyah pi skola.

Hahaha..teruk je bunyi. Sebenarnya auni sengaja membehentikan diri supaya auni dapat bagi peluang kat budak-budak lain belaja. Kesian plak kat dorang nanti kalo auni ada. Erk. 

Dengan penuh mendabik dada kuar sekola tanpa sijil benti terhormat. Auni memang lesap terus. Takde toleh-toleh da. Takde jumpa-jumpa cikgu kata saya nak resign ke hape. Gangster bro. Haha

Le ni kalo adik badik sibuk duk punggah kotak, almari segala bagai mencari sijil tadika, auni memang wat dek je. Duduk silang kaki sambil makan lolipop tengok dorang mencari.

Yelaaaa, auni tak main la tadika-tadika. Masuk skola rendah terus. Kihkihkih. Itu yang sampai skang bila adik badik tengok siji tadika, dorang akan tanya dengan penuh keperlian... ' Ko ada sijil tadika ? Kiteorang adeeee. Hahaha. ' Haihhh

Oleh kerana kehebatan auni belaja tadika 3 bulan tu la auni dapat duk kelas pertama tau tak ! Pertama dari belakang. Bhahaha. Bukan takat tadika je wat hal. Masuk darjah satu pon ade citer.

Lagi panjang citernya ! Terbawak-bawak sampai ke tingkatan 5 perangai huduh tak semena-mena ni. Ponteng sekola. Ponteng koko. Ponteng kelas tambahan. Oppss..kantoi. hihi

Kalo berkumpul adik badik sedara mara main citer kisah kecik-kecik, memang auni la jadi mangsa ketawa terbahak-bahak dorang. Lagi-lagi citer masa darjah satu.

DARJAH SATU

Cikgu sharifah salwa. Guru kelas auni. Dia memang da masak da kalo pepagi ada budak melalak takmo masuk kelas.

Yang tukang heret auni atas lantai adalah bapak ku ! Masa dulu-dulu, berani la ko wat hal. Memang libasan paip la dapat. Tapi auni anak yang tak makan saman. Hihi. Ikut kepala auniiiiii je..ish, tak senonoh.

Selalunya ayah akan passing auni pada cikgu la. Bila cikgu pegang tangan tak kasi ikut ayah, memang mengamuk macam ape tah. Berlari kejar ayah. Pastu ayah tolak kat cikgu. Auni lari kat ayah balik. Ayah tolak lagi. Auni lari lagi. Macam tu la hari-hari.

Haha. Macam giler je auni ni masa tu. Erk. Seperti biasa bila cikgu da geram, memang cikgu guna kuasa vito la. Berlaku serahan kuasa. Cikgu heret auni masuk kelas.


Cikgu bentang tikar kat bahagian belakang cikgu, tepi tingkap. Da tak mampu nak berkata-kata dan melawan sebab penatttt..Ingat nangis tu tak penat ke ? Duk teran jugak air mata ni kasi kuar.

Bila da menepek atas tikar, auni kuatkan kaki berdiri tepi tingkap sambil nangis tersedu-sedu panggil ' ayahhhh...ayahhh...nak balikkkk.. ' uwwwaaaaaaa ! Hahaha. Auni boleh bayang lagi situasi tu.

Habis hitam baju sekola sebab main seret menyeret. Korang punya kenangan apa macam ? Share jom ! Hihihi. Teruk terukkk  ^_______________^  Tapi itulah kenangan !

2 comments:

Hanan Ben said...

gelak guling hanan baca.nasib hanan tak macam tu =p

Auni said...

hanan, shhhhh...jangan kuat sgt gelak tuh. Hihihi :D