Nov 17, 2011

Hidup Bersahabat Umpama Kasut ?

Assalamualaikum


Kasut yang baru keluar dari kilang nampak cantik dan bersih. Semua orang nak dekati. Sume orang nak memilikinya. Bila da lama memakainya, akan timbul la sedikit kekotoran padanya. 

Apabila ia merebak menjadi sepasang kasut yang sudah lusuh dan koyak sedikit, takde guna lagi disimpan. Lebih baik buang daripada merawat dan membaik pulih semula.

Macam tu la sesetengah hidup bersahabat. Pada permulaan persahabatan, sumenya nampak baik. Sangat senang untuk rasa didampingi sahabat tu. Rasa selesa.

Lama kelamaan, perangai sebenar sahabat tu akan menyerlah. Baik buruknya pasti timbul sedikit demi sedikit sehingga dia tidak lagi merasa bersalah apabila melakukan kesilapan dalam persahabatan.

Dan menjadi satu kesilapan bagi kita sebagai sahabat kerana tidak menegur kesilapan yang dilakukan. Malah membiarkan dia terus hanyut dengan kesilapan tersebut sehinggakan dia menjadi lebih parah.

Lebih teruk lagi apabila kita terus membuangnya sebagai sahabat tanpa memberi teguran dan memperbetulkan kesilapan yang di buatnya.

Itulah fitrah manusia yang lebih suka menghukum sebelum mendidik.

7 comments:

I`mulan said...

memang pun... kawan senang dicari... sahabat susah didapati...

Auni said...

hmmm..betol tuh ! sokong sgt !

EZAN IDMA said...

sabar ye syg. wani, apa kata buat Pop Up komen. sng sket akk na tggl komen, kalo na tau cara nya, taip je kat google CARA BUAT POP UP KOMEN. ok :)
lebih mesra blogger :)

Auni said...

kak ezan : oh nanti saya cari ! terima kasih kak ezan. :)

EZAN IDMA said...

mostwelcome!

aiEz said...

seharusnya kita menegur mana yg silap,kita sendiri diajar juga saling berpesan2..hee

Auni said...

aiez : betol tu. :)