Nov 13, 2011

Yang Tertutup Itu Indah !

Assalamualaikum

Da masuk waktu zohor ni. Kalo belum solat, pegi solat dulu ya. Skang ni auni ngah baca novel sebenarnya. Auni tertarik ngan ayat yang ada dalam novel ni.

So, auni nak berkongsi kat sini. Novel Sebarkan Cinta-Mu. Penulisnya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Pada muka surat 75 :


" Yang tertutup itu indah. Buku yang kita sayang pun kita sampul, inikan pula aurat yang kita sucikan. Kejadian tubuh badan wanita jauh lebih indah daripada lelaki. 

Allah memuliakan keindahan kita dengan perintah menutupnya. Ia hanya layak ditunjukkan kepada orang yang berhak. Sebab itu, kita perlu berterima kasih kepada Allah. 

Allah menyuruh kita menutup aurat adalah tanda Dia sayang kepada kita dan tanda kita ini cantik. Seronok bukan, diciptakan sebagai makhluk yang cantik ? "

P/S : Ilmu yang baik adalah ilmu yang mengingatkan kita pada Allah S.W.T.

3 comments:

aiEz said...

benar,sama juga dengan makanan yg terdedah dan tertutup...semestinya kita pilih yg tertutup..simboliknya...^^

Auni said...

apa yang Allah perintahkan, pasti ada makna disebaliknya. macam tu jugak dengan perintah Nya supaya kita menutup aurat. :)

Stanza Qalbi said...

tertutup itu indah.. tudung bukan sekadar menutupi, bahkan melindungi .. lets fighting for the best iman ..!! salam ukhuwah ;)