Nov 27, 2011

Jodoh Cinta Ku

Assalamualaikum


Jodoh Cintaku,

Di bumi Allah,

Apa khabar, Cinta ?

Dalam warkah ini, aku ingin menyampaikan kepadamu bahawa aku masih menunggumu dengan setia dan penuh kerinduan, dalam malam yang dipenuhi doa yang panjang.

Usia sememangnya meninggalkan jejak pada diriku. Begitu juga episod-episod cintaku. Suratan takdir membuatkan aku sedar bahawa kau belum ditakdirkan untuk ku temui.

Hanya iman di dada mampu membuat aku terus cekal menunggumu di sini. Semoga aku tetap diberikan keteguhan hati dan kesabaran dalam menantimu, Jodoh Cintaku.

Salam sayang,
Jodoh Cintamu

P/S : Warkah dari novel Jodoh Cinta. 

10 comments:

aiEz said...

wah warkahnya,kelu lidah membaca setiap dr bait katanya...^^

Auni said...

Hihi..itu special auni tujukan utk jodoh auni yg taktau dimana dia, siapa dia, bgmna org nya.

Jodoh tu rahsia Allah. Moga auni dipertemukan dgn jodoh yg baik. Amin. ^_^

Kuasai Minda said...

Moga ditemukan dengan jodoh yang mampu menjadi pembimbing sepanjang masa, mampu untuk bersama di saat suka dan duka....

Janji ALLAH itu pasti, setiap jodoh adalah ketentuanNya.

Auni said...

kuasai minda : betol tu..amin. :)

KinaMissOne said...

Salam ziarah buat Auni. Hee. Sejujurnya kina sgt sukakan warkah ini. Boleh kina mohon shared di blog kina :)

EZAN IDMA said...

oh ingt kan dh ada jodohnya :)

hazanis said...

cantik nye pich tu...nice...=)

tag...jom join contest..^^

http://hazanis.blogspot.com/2011/12/contest-my-photoshoot.html

Auni said...

KINAMISSONE : Auni disable click. hmm

Auni said...

EZAN IDMA : Jodoh tu da ade da, insyaAllah..cumanya masih dalam rahsia Allah. Saya pon tak tau siapa. hihi

Auni said...

HAZANIS : Terima kasih invite ! insyaAllah ya. :)