Dec 29, 2011

Kenapa Akak Pakai Niqab ?

Assalamualaikum


Alhamdulillah, hari ni masih lagi diberi kesempatan dan peluang untuk terus melihat dunia. Masih boleh terus beribadah kepadaNya. 


Pejam celik pejam celik, da 4 minggu auni berjuang di KIPSAS. Apa yang boleh auni katakan, auni bahagia kat sini. 


Makin hari, makin menggapai ketenangan. Betol la kan, “Ihfazhillaha yahfazhka”, Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu. InsyaAllah, moga-moga hati ni tetap teguh.


Hari ni auni cuma nak berkongsi cerita. Auni jumpa cerita ni dalam blog sorang blogger tuh. Auni tak ingat apa namanya tapi apa yang dia ceritakan, lebih kurang sama macam apa yang auni lalui. 


Jom baca jap !  ^___^



Beberapa hari lepas, saya chatting dengan kak atiqah, salah seorang sahabat yang ada dalam list YM saya. Ada perkara yang saya bincang dan minta pendapat dia. Lepas tu saya tanya...

"Boleh akak cerita, kenapa akak pakai niqab?"
Panjang akak tu bagi jawapan. Tak salah rasanya kalau nak kongsi di sini. Cuma ada yang saya edit sikit-sikit, sebab panjang sangat, dan perbualan tu pun berkisar tentang isu lain juga.

Sebab akak nak Allah.. Akak selalu jumpa wanita-wanita yang memakai niqab, cantikkk..

Teringin benar nak pakai. Pertama kali akak tau tentang niqab masa akak sekolah menengah. Kakak ipar akak nak gi yaman, kat sana kena pakai niqab. Lama-lama tu, akak suka tengok orang pakai niqab. Nak pakai, macam tak kuat je.

Sampailah satu hari tu, akak diuji. Sampai akak rasa tak dapat nak bangun muhasabah. Lama rasanya tak cuba untuk mengenali DIA. Akak banyak buat ibadat. Bangun tahajud.

Sehingga akak rasa akak teringin sangat nak jumpa DIA. Entah macam mana, akak terjumpa satu hadis, “Di tengah-tengah padang mahsyar, semua hamba-hambaNYA akan berusaha untuk bertemu dengan Allah, tetapi Allah akan mencari wanita-wanita yang istiqamah memakai niqab...” Hiba akak rasa, dik. "Aku nak Allah"

Akak berusaha untuk ke arah itu. Mula-mula memang payah, dik. Tapi akak cuba untuk istiqamah. Bila dah pakai, baru akak tau kenapa keistimewaan itu diberikan pada wanita berniqab. Bukan senang, dik. Sebab ini pakaian isteri nabi. Kalau kita cintakan nabi, seharusnya kita mempertahankan pakaian ini, menerangkan, dan cuba untuk menjadikan orang-orang sekeliling untuk cinta dengan pemakaian ini.

Masa belajar pondok dulu pun, ustaz rahim ada bagitau kami, niqab ni pakaian isteri nabi. Memang tak wajib, sebab muka bukan aurat, tapi ustaz sendiri sangat galakkan untuk pakai. Cuma, kena la faham betul-betul.

Bagi akak, bila kita dah berkeputusan untuk memakai niqab, kita juga kena terdidik dengan pemakaian ini. Satu lagi perangai akak, akak tak suka lelaki tenung akak. Kalau akak sedar mesti akak akan menyorok. Akak ni pemalu sikit.Tapi bila kita pakai kan, banyak manfaatnya sebenarnya. Kita akan cuba untuk jaga akhlak. Tu pasal akak kata, kita jangan pakai sebab rasa nak pakai sahaja. Kalau itu sahaja, apa yang kita buat sebelum kita pakai pun, kita akan masih juga buat.

Akak ada juga dengar perempuan berniqab yang keluar dengan lelaki, makan dgn lelaki. Semua tu menjadi fitnah, dik. Tu lah yang akak kata, bahayanya kalau kita sendiri masih belum faham. Bukan sorang tu je yang akan kena, keseluruhannya. Dan cuba tengok, secara tak langsung kita tak jaga kemuliaan nabi kita, pakaian ini pakaian isteri nabi. Wanita berniqab ni lagi-lagilah kena jaga supaya tak mendatangkan banyak perkara yang tak manis. Berat, dik.Tu sebab bukan semua mampu nak pakai.

Betullah, bila dah berpakaian dengan pakaian Islam, kena ikut syariat dan akhlak Islam. Tapi bukan semua orang mampu untuk praktikkan semua, sebab tu maksiat masih berleluasa walaupun orang tu bertudung. Jubah, kopiah, dan tudung labuh pun bukan petanda iman yang kukuh. Dan sesiapa pun tak boleh nak mengukur tahap iman seseorang melainkan Allah. Jangan menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran semata-mata. Cuma kita perlu sentiasa husnuzzon sesama manusia.

Ada seorang sahabat pernah tanya,

"Macam mana ye...kalau kita rasa tak layak dengan penampilan kita sekarang... Maksudnya, kita ni takdela baik mana pun, tapi bila pakai tudung labuh orang tengok kita ni baik, tapi akhlak tak sesuai dengan penampilan, dengan apa yang kita pakai..."

Setiap orang ada pendapat masing-masing. Bagi saya mudah je. Kalau nak tunggu layak, tunggu diri sempurna, sampai bila ? Kalau dah pakai macam tu, secara tak langsung tentu kita ada keinginan dan usaha untuk jadi lebih baik, kan ? Takpelah kalau kita memang dah pakai macam tu, just be yourself, tak payah nak hipokrit. Cuma pandai-pandailah sesuaikan diri, dan ubah apa yang tak baik tu. Jangan fikir nak puaskan hati orang je, tapi fikir pandangan Allah terhadap kita.

Sahabat nabi yang dijamin syurga pun, sebelum memeluk Islam sembah berhala, tanam anak perempuan hidup-hidup, menentang dakwah nabi, dan sebagainya. Tapi hidayah itu milik Allah. Tiada yang mustahil bagi Allah bila Dia dah tetapkan sesuatu, tiada siapa yang mampu mengubahnya. Hidayah itu pun perlu dicari, bukan hanya dinanti.

Wallahualam. Moga-moga cerita yang auni kongsikan hari ni memberi manfaat untuk sume yang membaca ya, insyaAllah. 

Apa-apa pon, yang baik tu sumenya datang dari Allah, yang buruk dan penuh cacat cela tu datangnya dari diri auni. Assalamualaikum.

13 comments:

RahimahRahim said...

Semoga Allah sentiasa merahmati anda wahai saudari Auni Hazwani :)

Lots Of Love , RahimahRahim

aiEz said...

Memang tak semua orang mampu utk memakai niqab,aie kagum pada mereka yg memakai niqab...dan aie juga ada kenalan yg memakai niqab..^^

**::CIKNUURUL::** said...

Waalaikumussalam,..

Auni, akak rindunyee kat kipsas,.TT

siyes rase tenang sangat duk sane,duk dalam bi'ah bertudung litup,.ya Allah,seronok!,..

Insyallah,mudah2an nanti akak ade keinginan yg bersungguh2 untuk berniqab,.

dan untuk Auni, semoga dilindungi Allah selalu,..

Auni said...

RahimahRahim : Amin..terima kasih utk doanya. :)

Auni said...

Aiez : yup, berniqab bukan sesuatu yg mudah..doakan auni istiqamah selalu ye.

Auni said...

insyaAllah kak..dimana ade kemahuan, disitu ada jalan. istikharah la dan terus la memohon pd Allah supaya diberikan jalannya. :)

EZAN IDMA said...

Amin :)

Ain Dzaya said...

mohon share entri auni =)

fakhrulnaim said...

ahsanti.. semoga ALLAH sentiasa bersama mu.

Nur Hazfiy Hayyan said...

assalam...saya dah lama tergerak hati nak berniqab...hanya allah yg tahu..tp suami x izinkan....

"HuSnA_TiNy" said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Qolbi said...

boleh saya tahu hadis itu dipetik dari mana?

cik bunga said...

salam ukt (:
saya suka betul baca kisah2 mereka yang memakai niqab ni. jadi terinspired huhu. semoga ukt istiqamah, dan kuat dalam mujahadah ukt. kipidap!

mind to visit my belog
http://bungamerahpurple.blogspot.com/2015/06/di-mana-jodoh-ku.html#