Tutorial 19. Terasa seperti otak ini kembali segar setelah hampir dua bulan merehatkan otak dan minda. Alhamdulillah, cukup semua muslimat kelas dakwah semester tiga. Muslimin pula bagaimana ? Kenapa hanya tiga orang yang hadir ? Kemana pergi yang lain-lain ?
Berlegar-legar soalan itu di kepala. "Ramai yang extend sem." Tiba-tiba terdengar ayat itu dari salah seorang muslimin yang hadir seolah-olah memahami riyak mata ini. Allahurabbi ! Berkurang lagi warga dakwah semester tiga, ya. Apa-apa pun semoga dipermudahkan segala urusan kalian dan kami semua.
Ketika sedang sibuk berbual dengan adik sekelas, pintu bilik tutorial di buka perlahan. Ustaz Muhammad ! Wah, penuh sekali buku-buku ditangan ustaz. Agak-agaknya apalah yang akan dipelajari dalam subjek Qira'at dan Hafazan kali ini. Hmm.
Jika hafazan..ianya sama sahaja seperti subjek Tahfiz semester-semester lepas. Yang berbeza cuma surah yang perlu di hafaz dan di tasmi' pada ustaz. Waqi'ah dan Jumu'ah untuk hafazan semester ini. Kalau Qira'at pula setakat yang ustaz maklumkan tadi, kami akan belajar mengenai imam-imam, perawi, cara bacaan imam dan sama waktu dengannya. In shaa Allah.
Kiranya, subjek Qira'at ini agak berat juga. Carry mark 50 peratus. Final exam pun 50 peratus. Tapi in shaa Allah, bila kita mencuba dan berusaha belajar ilmu Allah, bantuan Allah itu pasti datang kepada kita. Kita hanya perlu yakin, percaya, berusaha dan berdoa. Selebihnya tawakkal sahaja pada Allah.
Alhamdulillah, kelas Qira'at tadi dapat sedikit nota-nota bantuan dari ustaz untuk memudahkan kerja kami menghafaz beberapa perkara dan kami sudahpun mendapat assignment pertama ! Syukran ustaz. Doa penutup dari ustaz tadi sungguh menyentuh hati. Rasa seperti ingin mengalir sahaja airmata.
Mudah-mudahan Allah memelihara ilmu yang kami pelajari dan mengembalikan ilmu itu pada saat kami terlupa. Semoga dengan mempelajari ilmu al-Quran ini menjadi nadi untuk kehidupan kami dan menjadi tempat kami meraih ketenangan hati. Allahumma aamiin. Senyum sokmo deh ! ^_^
1 comment:
Assalamualaikum
Semoga terus berjaya dalam pelajaran. Jihad dalam menuntut ilmu agama.
Suka tengok gambar tu, penuh pengertian dan bermakna...
Post a Comment