Entah berapa lama aku akan mengambil masa untuk kembali
pulih seperti sediakala. Sehari ? Dua hari ? Seminggu ? Sebulan ? Setahun ? Aku
sendiri tiada jawapan yang pasti. Hanya kerana kebodohan menyembah dunia, aku
kehilangan harta yang paling berharga dan paling bernilai.
Hati.
Ya, aku kehilangan hati yang sihat dan sejahtera. Masa
yang begitu panjang diambil untuk memupuk dan membina sekeping hati yang rosak
satu ketika dahulu. Bertahun-tahun. Namun, kerana kelalaian sendiri dalam masa
satu saat sahaja hati ini tersungkur kembali. Hilang. Terbang.
Aku tidak berniat untuk lari dari masalah atau lari
dari tanggungjawab. Tetapi bebanan yang ada di dalam hati ini terlalu berat
sehingga aku tidak mampu untuk menceritakan kepada sesiapa melainkan Dia. Allah
yang merupakan sebaik-baik pendengar.
Pada ketika itu aku jadi kaku. Terpana di hadapan meja.
Otak terasa kosong. Apa yang ada hanyalah rasa sayu dan rasa rindu. Rindu
kepada diri yang dahulunya gagah berdiri bercerita soal perjuangan. Ini masanya
untuk kau berbicara dengan diri mu sendiri. Ini masanya untuk kau bangkit dan
kembali pada Tuhan mu. Pergilah ! Pergi jauh dari sini…
Kini aku jauh dari kalian. Jauh dari bumi ilmu yang
barakah itu. Aku perlu masa untuk bersendiri. Jangan ditanya kemana pemergian
ku. Biarkan aku disini bersama Tuhan ku. Aku perlu berbincang dengan diri ku
sendiri.
“Pada siapakah yang kau rindu ? Tidakkah kau rindu
kepada diri mu yang pernah setia merindui Dia ? Kemana hilangnya diri itu ?
Sudah tiba masanya. Pulanglah !”
“Pada ketika seluruh orang soleh sibuk mengejar syurga,
sibuk berjuang, apa yang sedang kau lakukan ? Kau terbuai dengan kehidupan
persahabatan mu !”
“Pada siapa kau campakkan kemarahan ketika kau ditimpa ujian
? Kau bersangka buruk dengan Tuhan mu ! Dengan lancang kau memarahi Dia ! Kau
perlu sedar bahawa kau telah khianati Dia yang setia dengan mu selama ini !”
“Pada siapa kau bergantung ketika kau diberi nikmat
hidup senang ? Kepada dunia kau bergantung ! Kau harapkan manusia berbanding
Dia ! Kerana semua inilah hati mu rosak ! Pulanglah..”
Penguzlahan dan juga pengembaraan selalu membuat aku segar
dan ingin kembali pulang. Beginilah cara ku. Biarkanlah aku beruzlah seketika waktu bersama Tuhan
ku sehingga aku temui hati dan kekuatan yang pernah ku miliki satu masa dahulu supaya aku tidak lagi memudaratkan kehidupan ku dan kehidupan orang di sekeliling ku. Mudah-mudahan.
No comments:
Post a Comment