Merenung, melihat dan memikirkan
perkara yang berlaku disekeliling. Tak kira la keluarga ke, saudara-mara ke,
kawan-kawan ke, jiran-jiran ke…
Payahnya !
Payah nak jumpa walimah yang belanjanya
memudahkan pihak lelaki. Sekali bagi 10k. 12k. 16k. 20k. 85k pon ada ! Sampai
jadi front page surat kabar. Allahurabbi.
Macam mana kita boleh kata nak buat
ibadah sedangkan hantaran melambung tinggi sampaikan yang lelaki ni semput-semput
nak kumpul duit. Siap buat pinjaman bank lagi.
Kalau pinjaman bank tu takde riba’,
it’s okay. Kalau ada, macam mana hukumnya ?
Islam galakkan kita memudahkan
perkara yang ibadah. Kalau dah lelaki kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang, itu bukan memudahkan. Tapi menyusahkan.
Just remember this !
Selepas nikah, si suami nak
tanggung makan minum kita lagi. Nak tanggung dosa kita lagi. Nak buat itu, nak
buat ini. Kata ustaz Azhar Idrus,
“Kalu orang puang reti serba serbi
dakpe. Jahit boleh, masok boleh, tak pernoh bercinta, ngaji boleh, hafal Quran
lagi. Hok gitu nok bagi berapa pon dakpe.”
Ya, menyedihkan. Rasa terkilan.
Apalah salahnya kita ikut kemampuan lelaki je. Tak perlu letak harga. Bukan nak
buat urusan jual beli. Allahurabbi.
Anak gadis Rasulullah pun nikah
dengan belanja sekadar hasil gadaian daripada baju besi.
Kita ni siapa berbanding Rasulullah
?
Kita ni siapa berbanding Fatimah ?
Walimah itu sebagai tanda syukur.
Syukur kepada Allah kerana menyelamatkan anak-anak kita daripada dosa zina,
syukur kepada Allah kerana telah menemukan jodoh kepada anak-anak gadis kita
dengan lelaki yang sudi menikahi dan menjaga dia.
Bukan payah pun nak tunjuk rasa
syukur tu. Buktikan kesyukuran tu dengan memudahkan urusan ibadah mereka. Urusan
nikah mereka. Kukus grill panggang, kukus grill panggang. Mudah, bukan ?
Kata Rasulullah s.a.w :
“Sebaik-baik pemberian mahar adalah
yang paling memudahkan.”
No comments:
Post a Comment