Nov 11, 2013

Madrasah Cinta

Part 1


Pejam celik, pejam celik, tetap juga tidak sampai ke destinasi yang dituju. Jauh sekali perjalanan hijrah ini. Mudah-mudahan inilah jalan terbaik yang Allah lorongkan untuk aku berubah. Jam di tangan menunjukkan tepat pukul tiga pagi. Setelah hampir lima jam perjalanan tiba-tiba sahaja kereta bergerak perlahan.


‘Dah sampai kot’. Sangkaku.


Alhamdulillah. Auni sayang, inilah rumah ummi. Jom turun?” Terpinga-pinga. Aku hanya akur dengan pelawaan ummi.


Ummi. Ibu angkat yang baru sahaja aku kenali selama dua bulan. Itupun melalui facebook. Aku sendiri tidak pasti kenapa aku boleh mempercayai orang yang baru aku kenal. Mungkin kerana aku hanya mengikut fatwa hati yang kuat. Apa yang aku pasti, aku ke sini hanya kerana ingin keluar dari kepompong hidup yang lama.


Rumah ummi tidak kelihatan jelas. Samar-samar dan kabur. Mata ini sudah penat berjalan jauh tanpa sedikit tidur agaknya. Setiba di hadapan pintu rumah ummi, aku terpaku. Lama juga aku berdiri disitu.


“Auni tak sudi masuk rumah ummi ke?”


Suara ummi memeranjatkan aku. Ah! Mengelamun. Ummi hanya tersenyum. Berdegup kencang jantung ini dibuatnya.


Dengan lafaz basmallah aku menyusun langkah. Kosong. Hanya sebuah meja dan sebuah komputer sahaja yang berada di ruang tamu seluas itu. Mana sofa? Mana karpet? Mana TV?


Pelbagai soalan menerjah ke minda. Belum pernah aku menjejakkan kaki di rumah yang kosong seperti rumah ummi. Rumah aku jauh berbeza. Kadang-kala sampai terlanggar perabut rumah. Penuh. Tapi, aku biarkan saja menjadi tanda tanya. Aku butuh bilik tidur untuk merehatkan diri.


Setiap setengah jam aku terjaga. Masih memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri di rumah orang. Kurang selesa.


Tepat jam lima pagi aku terjaga lagi. Lampu bilik menyala. Tiada orang.


Mana pergi semua orang?



Daun pintu bilik kelihatan terbuka sedikit. Aku cuba mengintai ke luar.

Subhanallah! Gugur permata jernih ke pipi. Tidak hairanlah jika aku merasakan sesuatu ketika terpaku di depan pintu rumah setiba tadi.


Seluruh keluarga ummi sedang sibuk bertahajjud di ruang tamu. Anak ummi sekecil sepuluh tahun juga sudah terdidik dengan cara hidup begini. Mereka menghidupkan malam-malam mereka. Rumah itu tetap bercahaya meski tubuh tuannya masih terasa letih.



Aku kembali ke tempat tidur ku. Jauh merenung ke siling putih. Aku yakin inilah lorongnya. Lorong dimana aku akan temui sesuatu yang aku cari. Jalan Allah untukku terbentang luas. Aku hanya perlu kuat dan korbankan apa yang perlu. Mata aku kembali kabur, lantas lena dibuai nikmat tidur yang baik.


Bersambung.....

No comments: