Nov 10, 2013

Mumtazah Umairah


Bukan nama sebenarnya. Kami masih baru dalam berukhuwah. Allah pertemukan kami pada beberapa bulan yang lepas ketika sedang menunggu bas di Terminal Makmur, Kuantan. Aku sudah lama perhatikan si kecil ini. Cuma tiada kekuatan untuk memulakan bicara ukhuwah.


            Tapi, perancangan Allah itu sememangnya indah. Kami dipertemukan Allah di atas jalan perjuangan. Tidak pernah menyangka si kecil ini juga punya semangat yang tinggi. Aku tabik !


            “Nak pergi mana?” Soal ku setelah bersalaman dan mencium kedua pipinya. Itulah adab yang diajar kepada kami ketika bertemu sahabat atau kenalan. Mudah-mudahan ukhuwah itu menjadi lebih erat.


            “Mahu jalan-jalan.” Loghat Sabah ! Aku sangkakan si kecil ini asalnya dari semenanjung. Wajahnya tidak sedikit pun mencerminkan seperti orang di bawah bayu. Erk.


            Jawapan itu sekadar ingin mengaburi ku. Aku tergelak kecil. Aku tahu si kecil ini bakal menuju ke tempat yang sama dengan ku. Cuma dia diminta berkata sedemikian sekiranya ada yang bertanya.


Mana tidaknya jika pelajar-pelajar IPT seperti kami ini cuba melibatkan diri ke medan politik ! Pasti ada yang menjadi para hakim yang tidak bertauliah. Benar bukan ??


Sedangkan orang yang memisahkan politik dan agama itu adalah sekular ! Aku ulang, SEKULAR okay !


Selama hampir tiga hari bermusafir dengan si kecil, Mumtazah Umairah ini. Tidak tahu mengapa Allah campakkan rasa tenang bersamanya. Mungkin kerana kami ini sefikrah. Mungkin juga ada chemistry yang tak dapat dinyata.


Kelihatan kecil tapi jiwanya besar. Kuat dalam perjuangan. Aku sendiri tidak sekuatnya. Kelihatan pendiam tapi jika bercakap soal perjuangan, dia seorang yang hebat. Aku sendiri cemburu. Cemburu dengan jiwanya.


Wahai adik kecil ku, Mumtazah Umairah.


Aku mohon, jangan sesekali kau rebah kerana aku pinjam kekuatan dan semangat mu.