Bukan nama sebenarnya. Kami masih baru dalam berukhuwah. Allah
pertemukan kami pada beberapa bulan yang lepas ketika sedang menunggu bas di
Terminal Makmur, Kuantan. Aku sudah lama perhatikan si kecil ini. Cuma tiada
kekuatan untuk memulakan bicara ukhuwah.
Tapi, perancangan Allah itu
sememangnya indah. Kami dipertemukan Allah di atas jalan perjuangan. Tidak
pernah menyangka si kecil ini juga punya semangat yang tinggi. Aku tabik !
“Nak
pergi mana?” Soal ku setelah bersalaman dan mencium kedua pipinya. Itulah
adab yang diajar kepada kami ketika bertemu sahabat atau kenalan. Mudah-mudahan
ukhuwah itu menjadi lebih erat.
“Mahu jalan-jalan.” Loghat
Sabah ! Aku sangkakan si kecil ini asalnya dari semenanjung. Wajahnya tidak
sedikit pun mencerminkan seperti orang di bawah bayu. Erk.
Jawapan itu sekadar ingin mengaburi ku.
Aku tergelak kecil. Aku tahu si kecil ini bakal menuju ke tempat yang sama
dengan ku. Cuma dia diminta berkata sedemikian sekiranya ada yang bertanya.
Mana tidaknya jika pelajar-pelajar IPT seperti kami ini cuba melibatkan
diri ke medan politik ! Pasti ada yang menjadi para hakim yang tidak
bertauliah. Benar bukan ??
Sedangkan orang yang memisahkan politik dan agama itu adalah sekular
! Aku ulang, SEKULAR okay !
Selama hampir tiga hari bermusafir dengan si kecil, Mumtazah
Umairah ini. Tidak tahu mengapa Allah campakkan rasa tenang bersamanya. Mungkin
kerana kami ini sefikrah. Mungkin juga ada chemistry yang tak dapat dinyata.
Kelihatan kecil tapi jiwanya besar. Kuat dalam perjuangan. Aku
sendiri tidak sekuatnya. Kelihatan pendiam tapi jika bercakap soal perjuangan,
dia seorang yang hebat. Aku sendiri cemburu. Cemburu dengan jiwanya.
Wahai adik kecil ku, Mumtazah Umairah.
Aku mohon, jangan sesekali kau rebah kerana aku pinjam kekuatan dan
semangat mu.
1 comment:
Ooooo...
ermn...
Post a Comment