Hampir seminggu berjauhan dengan
keluarga di Kuantan. Rindu. Seusai solat maghrib berjemaah, ummi memberi
isyarat supaya aku kekal di tikar sejadah.
“Kita buat pengisian sikit boleh?”
Aku menganggukkan kepala tanda
setuju. Syuhada juga turut serta.
Syuhada
dianggap adik kepada ummi. Dia terlebih dahulu tinggal bersama ummi sebelum
aku. Bekerja sebagai guru di Tadika PASTI milik ummi dan ayah. Setelah
seminggu, aku kenali sedikit sebanyak tentang diri Syuhada. Syuhada diantara
orang yang berjaya ditarbiah oleh ummi. Subhanallah.
“Dah
seminggu Auni tinggal dengan ummi. Alhamdulillah, baru hari ni dapat
berjemaah sekali.”
Telapak
tanganku digenggam erat. Terasa seperti sesuatu menerobos urat-urat dagingku.
“Auni
kata Auni tak pernah jadi imam solat. Tapi baik saja jadi imam malam ni. Siap
berlagu lagi bawa surah.”
Ummi
tersenyum. Aku tersengih. Malu. Sebelum ini memang aku tidak pernah menjadi
imam solat. Kata Ummi, ‘Seandainya satu masa nanti Auni berada di
tengah-tengah manusia yang baru sahaja belajar solat dan diminta untuk menjadi
imam mereka, apa yang perlu Auni buat? Membiarkan saja mereka dalam keadaan
begitu? Sedangkan ketika itu hanya Auni yang tahu solat dengan betul dan
bacaannya baik.’
Bila
difikir apa yang ummi perkatakan, aku cuba menjadi imam untuk kali yang pertama
selama hayat aku. Berlagu, tetapi suara yang gementar tidak mudah untuk disembunyi.
Perut berasa tidak selesa. Berpeluh-peluh. Lutut terasa longgar. Tugas yang
berat untuk dipikul. Allahurabbi.
“Lagi
cantik kalau kita faham makna surah yang kita baca. Terutama Al-Fatihah.”
Sambung
ummi.
“Kalau
salah tajwid, tak sah solat kan, ummi?”
Ummi
mengangguk. Satu persatu ayat Al-Fatihah diperdengarkan ke telingaku. Ummi
menyebut dengan jelas dan bertajwid. Berbeza sedikit dengan sebutanku yang
tidak begitu fasih di beberapa tempat. Kata Ummi, bacaan al-Fatihah ku seperti
orang Cina muallaf.
“Hehe..”
Aku tergelak kecil.
Setelah
dibaca, ummi menjelaskan makna yang mendalam disebalik ayat pertama, kedua dan
seterusnya. Cukup untuk menembusi hati yang selama ini keras.
Tiba
di ayat kelima,
“Tunjuki
kami jalan yang lurus. Ayat ini adalah doa. Berapa kali kita baca dalam sehari?
Tujuh belas kali kan?”
Mengangguk.
“Itupun
tidak termasuk kita baca dalam solat sunat. Baca sebagai rutin harian kita.
Tapi, apa yang dah banyak kita lakukan selama kita minta Allah tunjukkan kita
jalan yang lurus?”
Ligat
sahaja otak ini bekerja. Bercabang-cabang. Sedikit demi sedikit aku cuba untuk
memahami.
Dosa dan maksiat.
Lalu
wajah ini menjadi merah padam. Hanya tertunduk mendengar penjelasan ummi.
“Kita
masih buat apa yang Allah tak redha. Allah suruh kita pakai baju yang tutup
aurat. Tapi, yang kita pakai? Allah suruh kita pakai tudung menutupi dada.
Tapi, yang kita pakai? Allah suruh kita itu dan ini. Tapi, yang kita buat?”
Persoalan
itu menjunam terus ke benak fikiran. Merangsang minda untuk bermuhasabah diri
kerana terlalu jauh meninggalkan syariat. Mutiara jernih sudah mula bertakung
di kelopak mata. Hanya menanti saat untuk jatuh menyembah bumi.
Satu
demi satu Allah gambarkan di mataku setiap apa yang aku perbuat. Segala-galanya
terus terimbau!
Kau rasa seperti ditusuk pisau kerana kau
persenda hukum Allah, Auni. Kau mengaku Allah itu cinta hatimu, tapi dimana
amalnya? Kosong!
Dada
semakin sesak terasa. Menahan sebak yang tak pernah aku alami. Sakit!
“Jangan
ditahan. Menangislah. In shaa Allah, airmata yang jatuh kerana dosa-dosa itu
mampu memadamkan api neraka yang membakar.”
Allah.
Allah. Allah. Saat menyebut kalimah itu, airmata jatuh berderai membasahi pipi.
Teresak-esak aku menangis dibahu ummi. Terlalu banyak dosa-dosaku, ya Tuhan.
bersambung...
No comments:
Post a Comment