Seawal lima pagi aku dikejutkan. Sukar sekali untuk
membuka kedua kelopak mata ini. Mungkin terlalu banyak menangis sejak
akhir-akhir ini.
Ada seseorang yang sedang
memerhatikan aku. Tangannya mengusap lembut pipi ini. Samar! Aku cuba pejamkan
kembali mata yang sudah mula berair.
“Mata Auni pedih.” Suara ku lemah.
“Banyak sangat menangis tu. Jomlah
qiam. Dah jam lima.”
Seperti biasa ummi akan kejutkan
anak-anaknya dan juga ayah. Qiamulail merupakan perkara yang diwajibkan bagi
setiap ahli rumah ummi. Pada mulanya memang susah untuk biasakan diri. Allah
saja yang tahu betapa susahnya untuk kejutkan aku. Huh.
Selesai qiamulail, ayah dan
adik-adik akan ke masjid untuk tunaikan solat subuh berjemaah di sana. Kami
yang muslimat hanya solat berjemaah di rumah. Itu lebih afdhal.
Seperti biasa, orang yang akan
tersadai di tikar sejadah selepas subuh itu adalah aku. Ummi dan Syuhada pasti
menggeleng kepala. Mereka memahami keadaan aku yang baru sahaja melangkah dan
bertatih kembali.
Cuma beberapa minit sahaja dapat
lelapkan mata. Ummi takkan sesekali benarkan aku tidur hingga ke tengahari.
Erk. Hampir jam tujuh anak-anak asuhan pasti sampai di depan pintu rumah. Tugas
ku, memandikan mereka.
Itu waktu hari bekerja. Kalau waktu
cuti, jam tujuh ummi akan bentang alas tempat tidur di ruang tamu. Untuk apa?
Untuk bersantai-santai sambil mendengar kuliah di radio IKIM fm. Awesome! Walaupun
tak selalu pergi kuliah di masjid, di radio IKIM fm pun boleh dapat ilmu juga. Alhamdulillah.
Kata-kata dari ummi tempoh hari
berkenaan ayat kelima Al-Fatihah itu masih terngiang-ngiang di telinga.
Anak-anak asuhan dan anak-anak PASTI semuanya sudah pulang ke rumah
masing-masing. Rumah ummi kembali sunyi. Kebiasaannya pada waktu ini ummi akan qialullah
sementara menunggu Zohor.
Aku??
Entahlah. Mengantuk, tapi mata ini
tak mahu lelap pula. Aku masih memikirkan daripada mana aku harus bermula.
Hijrah. Hijrah. Berubah. Berubah. Daripada mana ya?
Bersambung. . .
No comments:
Post a Comment