Memetik kata-kata Siti Ainum Amijudin atau The SAA,
“When you think you’ve it bad, others have had it worst.”
Kata-kata yang berkait rapat dengan erti syukur. Ustaz Mohd Asri
Zainal Abidin kata, kadang-kala syukur itu makamnya lebih besar dari sabar.
Manusia yang bersyukur, sudah tentu dia seorang yang sabar. Tapi
manusia yang sabar, belum tentu dia seorang yang bersyukur.
Aku selalu merasa hidup aku susah. Penuh dengan ujian. Selalu berkira-kira
dengan Allah. Kenapa aku ? Kenapa bukan orang lain ? Sedangkan diri sendiri
tidak sedar bahawa ujian itu juga merupakan nikmat Allah.
Jika tiada ujian, apa kau rasa kau cukup bagus ? Hidup tanpa
ujian itu sebenarnya something wrong !
Allah kata dalam Quran,
“Apa manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata
mereka beriman sedangkan tidak diuji ?” (Al-Ankabut : 2)
Tahu apa itu syukur ?
Bilamana kau menaiki kereta, kau lihat ada manusia lain
menunggang motosikal. Hati pun terdetik,
“Ya Allah, syukur aku ada kereta. Dia tunggang motor je.”
Lalu yang tunggang motosikal tadi melihat manusia lain berjalan
kaki. Hatinya berbisik,
“Ya Allah, syukur aku ada motosikal. Dia jalan kaki je.”
Kemudian, yang berjalan kaki tadi melihat manusia lain di tepi
jalan bersama kerusi rodanya sambil menjual tisu. Hatinya pula berkata,
“Ya Allah, syukur aku ada kaki. Dia guna kerusi roda je.”
Yang berkerusi roda tadi melihat manusia lain duduk di lantai bangunan tanpa kaki. Lalu berkata,
“Ya Allah, syukur aku ada kerusi roda. Dia langsung takde nikmat
kaki.”
Syukur means qana’ah. Sentiasa berasa cukup. Kita merasa kita
susah. Tapi, sebenarnya ada lagi orang yang susah dari kita. Kita merasa kita
banyak ujian. Tapi, sebenarnya ada lagi orang yang ujiannya jauh lebih hebat dari
kita.
Jadi, bila kita sentiasa merasa ‘ada orang lain lagi kuat
ujiannya’ , kita takkan ada masalah untuk hadapi dan sentiasa mensyukuri nikmat
Allah. Tak kiralah nikmat itu sedikit ataupun banyak.
Wallahu’alam.
1 comment:
:)
Post a Comment