Selama hampir sebulan di madrasah cinta ini. Aku juga sudah
bertukar tugas. Daripada menjadi pengasuh anak-anak kecil kepada guru anak-anak
PASTI berusia 3 dan 4 tahun.
Kenapa madrasah cinta?
Kerana madrasah bermaksud sekolah.
Tempat kita menuntut ilmu. Tempat kita belajar. Cinta bermaksud perasaan sayang
terhadap seseorang atau sesuatu.
Aku namakannya madrasah cinta kerana di sini
tempat aku belajar mengenal Allah. Belajar mengenal perjuangan. Belajar mengenal
kehidupan. Belajar bagaimana untuk mencintai setiap apa yang Allah perintahkan.
Belajar untuk taat kepada-Nya.
Anak-anak PASTI disini
hebat-hebat. Aku sendiri terkejut bilamana anak-anak sekecil mereka menghafal
beberapa hadis Nabi. Sedang aku?? Terlopong!
Tepat jam 10 pagi mereka
sudah bersedia dengan bekal makanan masing-masing. Tapi tak sampai 10 minit
semua menghilang. Yang kecil-kecil 3, 4 tahun ni sibuk bermain-main. Sedang aku
menghabiskan makanan lebihan anak-anak ini, tiba-tiba bahu ku ditepuk dari arah
belakang. Tersedak aku dibuatnya.
Si Luqman. Anak PASTI
berusia 5 tahun. Wajahnya tampan dan berkulit cerah.
“Cikgu, cikgu..kami
dah dhuha. Cikgu dah dhuha?” Tersentap dengan soalan si cilik ini. Anak sekecil
5 tahun ini sudah tahu amalan sunat yang digalakkan.
Patutlah semua
menghilang. Rupa-rupanya mereka berebut mengambil wudhuk dan menunaikan solat
dhuha secara berjemaah di dalam kelas. Itu hasil didikan ummi. Anak-anak akan
hebat jika pendidiknya hebat.
Malunya dengan mereka. Allahurabbi.
No comments:
Post a Comment