Assalamu’alaikum
Untuk trip kali ni auni pilih Pulau
Perhentian. Tapi Pulau Perhentian ada dua, Perhentian Besar dan Perhentian
Kecil. Auni lebih prefer pergi Perhentian Besar. Sebelum ni pergi Pulau Kapas
main redah je. Beli tiket bot semua on the spot. Memang takde book apa-apa.
Trip ke Perhentian kalau main redah rasanya macam susah sikit sebab kebiasaanya
memang full. So, auni ambil pakej dengan Dnamie Leisure tapi bukan fullboard
package la. RM225 untuk tiket bot pergi balik, penginapan 3 hari 2 malam,
snorkeling dan free 1 jam berkayak.
Aktiviti
lain auni add on masa dah sampai sana. Kalau ikut initerari pakej yang auni
ambil tu memang banyak sangat masa free. Rugi la kan datang jauh-jauh tapi
asyik stay kat bilik je. Pakej yang auni ambil tu bermula 29 April hingga 1 May
2017 (Sabtu, Ahad dan Isnin) Cuti Hari Pekerja. Dari Kuantan ke Jerteh auni
beli tiket bas Sani Ekspress 28 April (Jumaat) jam 10 malam dan auni target
sampai sana dalam jam 4 atau 5 pagi sebab perjalanan Kuantan ke Jerteh lebih
kurang 6 jam. Kena berkumpul kat jeti sebelum jam 9 pagi, that’s why auni
bertolak malam. Tiket bas Sani Ekspress Kuantan ke Jerteh RM29 sehala. Pergi
balik RM58. Kalau bas lain biasanya cecah RM35 sehala. Sani Ekspress dah
tersangat selesa bagi auni siap ada charging plug dan free wifi.
Alhamdulillah
target nak sampai sana jam 4 pagi tercapai dengan jaya. Bas tak berhenti di
terminal Jerteh tau. Bas akan berhenti kat KFC Jerteh bersebelahan Masjid
Hadhari Jerteh. Sementara nak tunggu hari cerah, auni and the geng stay di
Masjid Hadhari untuk solat subuh dan rehatkan diri. Syukur ada sorang pakcik
yang jaga masjid tu offer nak call teksi untuk hantar kami ke jeti Kuala Besut
jam 8 pagi tapi pakcik teksi tu sampai awal, sebelum jam 8. Perjalanan dari
Masjid Hadhari ke jeti lebih kurang 15 minit dan caj tambang RM5 seorang untuk
sehala. Kami pergi berempat, so satu teksi RM20.
Sampai
kat jeti tepat jam 8 pagi. Office Dnamie Leisure pun tak buka lagi. Sementara
tunggu office buka kami breakfast dulu sekadar alas perut sebab risau termuntah
time naik bot kalau penuh sangat perut ni hihihi. Dah settle semua urusan kat
Dnamie Leisure, lebih kurang jam 9.45 pagi kami dah naik bot ke Pulau
Perhentian. Perjalanan ke pulau dalam setengah jam je tapi ada 2 orang tourist
perempuan tak inform kat driver bot tempat penginapan dorang kat mana, so
driver bot terpaksa round Perhentian Kecil untuk hantar dorang pula dan ambil
masa hampir 1 jam baru la kami sampai chalet kami kat Perhentian Besar.
Alhamdulillah, hikmahnya kami dapat tengok view dua-dua pulau dan ngam-ngam
sampai time check in jam 11 pagi kat Fauna Beach Chalet. Tak perlu tunggu lama
terus dapat bilik.
Time ambil pakej
dengan Dnamie Leisure tahun lepas, kak Ana tu cakap kami dapat bilik paling
last sebab yang lain semua dah ada orang book. Auni membayangkan kami dapat
bilik belah-belah belakang tapi alhamdulillah rupanya dapat bilik seaview.
Masya Allah, rasa nak melompat je hahaha buka pintu tingkap terus nampak laut.
Syukur sangat walaupun bilik kipas tapi tak panas langsung. Sepatutnya dapat
bilik 2 katil queen tapi kami dapat 1 queen 1 single tapi dah tak kisah dah bab
tu yang penting selesa dan seaview !!
Untuk
hari first ni kami sampai terus tidur sebab penat sangat rasa tak cukup tidur
dalam bas. Mana tak nya duk berborak tak ingat dunia kan Shateq kan ?? Hahaha.
Initerari pakej hari first memang free sepanjang hari takde aktiviti. Tapi auni
add on sendiri kat sana untuk hiking windmill petang tu. Kami bangun tidur jam
2 petang siap-siap mandi solat semua kami keluar bilik cari makan tengahari.
Bab makanan kat pulau biasa la harga akan jadi 2 hingga 3 kali ganda dari harga
darat. Nasi goreng pattaya dan air limau ais RM18 macam tu. That’s why memang
awal-awal pesan kat member dan cousin bawa makanan sampingan untuk breakfast
dan supper. Risau lapar so boleh jimat dah kat situ.
Membebel tu perkara biasa hahaha |
Kami
deal dengan driver water taxi kami nak naik bot ke windmill kat Perhentian
Kecil jam 4 petang. Habis makan kami
terus naik speedboat. Lebih kurang 15-20 minit kami sampai Long Beach,
Perhentian Kecil. Caj tambang water taxi dari chalet kami ke Long Beach pergi
balik RM35. Starting point untuk hiking memang kat Long Beach. Boleh tahan
menjunam jugak trek dia. Tapi okay la, cuma trek dia tanah keras berpasir. So,
agak licin sikit. Better pakai kasut la. Perjalanan hiking ke windmill dalam 30
minit. Takde la penat mana tapi sakit kat peha hahaha terkejut agaknya dah lama
tak hiking. Warm up pon tak. Tapi bila sampai atas hilang rasa penat tengok
view yang Subhanallah ! Berbaloi la sakit peha tu hahaha
Ni la kincir angin 2 ketul tu |
![]() |
Sunset di Teluk KK, Pulau Perhentian Besar |
Dah
settle enjoy dengan view kat situ, dah siap bergambar semua, kami gerak turun
dari windmill dan sampai kat Long Beach jam 6.15 petang. Driver water taxi kami
(Ayie) offer kami tengok sunset kat Teluk KK, Perhentian Besar. Kat situ ada batu-batu
besar. Ayie cakap orang panggil batu tu Batu Cinta. Dia recommend kat kami
untuk panjat batu-batu tu and shoot some pic. Serius, tak rugi dengar cakap
Ayie sebab dapat gambar sunset yang Masya Allah superb ! Jangan lupa tengok
sunset kalau datang sini. Dah puas bergambar baru la kami naik bot semula balik
ke chalet. Sampai chalet jam 7 malam. Siap siap mandi solat semua, kami keluar
cari makan malam. Untuk first night kat sana kami cuma beli burger RM5 dan ice
blended RM6. Lepas dah penat borak baru kami tidur.
![]() |
View depan Fauna Beach Chalet |
Untuk
second day, bangun jam 6 pagi lepas subuh guling-guling dulu baru la keluar
bilik cari air panas untuk breakfast sendiri-sendiri kat bilik. Kat sana takde
sedia heater dan jugak iron tau. Kalau nak air panas boleh minta kat reception.
Pakaian pula bawa la yang kurang berkedut sebab memang takde iron..kat sana
guna generator je untuk dapatkan elektrik. Tapi jangan risau, untuk caj fon ada
je plug dalam bilik. Dah siap-siap jam 9.30 pagi kami dah standby untuk pergi
snorkeling yeayyyy !! Tepat jam 10 pagi kami gerak ke tempat briefing sebelum
start snorkeling kat Turtle point, Shark point dan juga Coral Garden. Lepas
setengah jam baru la start snorkeling untuk first point. Tengok turtle ! Ya
Allah, first time nampak turtle lalu depan mata. Besar jugak la. Relax je dia
berenang depan orang. Acah cool la tu hahaha tapi tak lama kat turtle point tu
sebab crowded sangat dengan orang. Macam snorkeling bertindih-tindih. Debo
molek weh !
Muka burn tu sebenarnya dari mula-mula datang pulau lagi dah. Sampai pulau lagi terbako koi ! |
![]() |
Coral Garden. Tengok ikan pun dah jakun apa lagi nampak turtle dengan shark hahaha |
Next
point pergi Coral Garden. Driver bot bagi masa setengah jam. Memang seronok la
tengok ikan, tengok coral. Tengah-tengah snorkeling dengar bunyi hon bot.
Cepat-cepat ajak member naik sebab driver bot dah panggil. Bot dah la parking
jauh. Antara moment tak boleh lupa time berenang nak pergi ke bot tiba-tiba badan
terasa berat dan mula tenggelam timbul dalam air. Tertelan air ikut mulut dan
hidung. Auni mula panik risau lemas. Rupa-rupanya ada someone tengah berpaut
pada auni. Lelaki dewasa melayu without life jacket. Dah tau diri tu bukan
budak pulau yang tere diving, tere swimming, tak payah la acah-acah hebat
terjun tempat dalam tanpa life jacket. Bila dah lemas dan panik, awak dah mula
menyusahkan orang lain dan orang tu adalah saya ! SELFISH. Terlalu selfish. Nak
nyawa awak selamat dengan cara cubaan korbankan nyawa orang lain. Kedegilan
awak yang taknak pakai life jacket tu boleh buat saya hilang nyawa time tu tau
takkkkk. Terjerit-jerit saya minta lepas
tapi awak tak lepas. Bila saya dah hampir lembik baru awak lepaskan.
Allahurobbi, time tu takut sangat ! Menggigil satu badan sampai dah takde
tenaga nak berenang pergi ke bot. Syukur la driver bot tu perasan auni dah
makin slow down. So, dia terjun pergi tarik auni. Dorang tak nampak insiden
yang jadi sebab tu dorang relax je tunggu atas bot sebab bot jauh. Masa
snorkeling tu auni dengan Shateq je tapi jarak kami tak terlalu dekat. Shateq
pun tak dapat nak tolong sebab nak berenang pergi kat auni pon macam kena lawan
dengan ombak. Tak tahu la macam mana kalau Allah tarik nyawa masa tu dengan
keadaan amal tak banyak. Allahurobbi.
Sampai
atas bot kaki rasa takleh berdiri. Huyung. Maybe sebab tengah dalam keadaan
shaking dan terkejut kan. Lepas tu driver bot bawa kami makan tengahari kat
Kampung Nelayan. Tapi auni tak makan pun. Lapar tapi dah tak lalu sebab insiden
tu. Cuma minum ais kosong je. Habis makan tengahari kami bertolak ke Shark
point. Mulanya rasa macam taknak snorkeling dah risau jadi macam sebelum tu.
Tapi bila fikir-fikir rugi pula bukan senang dapat tengok baby shark depan
mata. Bila lagi nak datang sini kan. Bagi badan ni rasa cool sikit baru la auni
turun dari bot join shateq tengok shark. Alhamdulillah memang rezeki betul
dapat tengok. Excited rasa nak melompat je dalam laut tu hahaha tapi tak dapat
la bergamba dengan shark. Cuma lepas record video je. Pastu driver bot tu kata
nak bawa kami pergi mandi kolam air panas kat Lata Air Berani. Serius excited
sebab tengah sejuk time tu. Tapi rupa-rupanya kena kelentong. Bukan air panas
pun. Air sejuk weh ! Sejuk sungguh. Bilas-bilas gitu je pastu dah gerak balik
chalet. Lama jugak berendam air. Dari jam 10 pagi sampai jam 3 petang. Mau tak
burn muka ni? Hahaha
Shark Point. Nampak baby shark tapi tak sempat shoot gamba. Hmm |
Sampai
chalet sekali lagi pulun tidur nak simpan tenaga untuk petang tu berkayak. Kan
dapat free 1 jam berkayak. Mana boleh lepas peluang benda free. Sempat la tidur
hampir 2 jam. Alarm clock jam 5 tapi penat sangat tak sedar. Jam 6 petang baru
bangun siap-siap pergi main kayak tapi berkayak tak sampai 15 minit pun dah
malas dah hahaha takpe la janji merasa semua. Geram sangat tengok air laut macam
kristal. Sempat la mandi laut dulu sebelum jam 7. Malam tu Ayie ajak dinner
sekali. Dia belanja kami makan. Rezeki oi rezekiiii. Alhamdulillah. Tak tahu la
kenapa suka sangat tengok restoran Fauna Beach Chalet tu time malam. Maybe
sebab lighting and view dia macam romantik kot. Tu yang jadi fall in love
betul. Habis makan kami lepak kat buaian depan bilik. Angkut semua kudap-kudap
nak habiskan dengan harapan esok bawa balik beg ringan hihihi dari borak
biasa-biasa sampai la borak berisi. Touching, meremang semua ada. Cerita pula
relate dengan insiden hampir lemas tu jadi sebak pula.
![]() |
Last shoot jam 7.30 pagi depan chalet sebelum naik bot balik ke Jeti Kuala Besut |
Even
koi sorang je yang banyak cakap malam tu, koi harap ada la sedikit sebanyak
yang lekat kat hati dan berguna untuk korang akan datang, insha Allah. Mana
yang baik tu sampai-sampaikan la. Mana yang kurang baik sepanjang koi bawa
korang pi perhentian ni, harap dimaafkan. Moga akan ada lagi trip untuk kita
lepas ni. Jelajah bumi Tuhan dan tadabbur alam. Untuk last night kami masuk
bilik jam 2 pagi kemas-kemas barang untuk bertolak balik ke jeti jam 8 pagi
esoknya. Naik bot awal pagi sebab dah siap-siap beli tiket bas balik Kuantan
jam 11.15 pagi dari terminal Jerteh. Risau sampai lewat kalau gerak lewat.
Masing-masing ada komitmen dan kerja next day kan..so, kena pandai arrange
waktu perjalanan. Lastly, auni nak share total perbelanjaan auni dan juga
ringkasan initerari sepanjang 3 hari 2 malam kat sana
Day 1
9.00 AM : Berkumpul
di Jeti Kuala Besut
11.00 AM : Check in
di penginapan masing-masing (Fauna Beach Chalet)
2.00 PM : Makan
Tengahari (By own)
4.00 PM : Naik bot ke
windmill, Perhentian Kecil
4.30 PM : Hiking ke
windmill, Perhentian Kecil
5.45 PM : Gerak turun
dari windmill
6.15 PM : Sampai Long
Beach (starting point untuk hiking)
6.30 PM : Tengok
sunset kat Teluk KK, Perhentian Besar
7.00 PM : Sampai
chalet
Day 2
10.00 AM : Snorkeling
(Turtle point, Coral Garden)
1.15 PM : Makan
tengahari di Kampung Nelayan (By own)
2.15 PM : Snorkeling
(Shark point)
3.00 PM : Lata Air
Berani
3.15 PM : Sampai
Chalet
6.00 PM : Berkayak
7.00 PM : Balik
chalet
Day 3
8.00 AM : Naik bot
balik ke Jeti Kuala Besut
10.15 AM : Naik teksi
dari jeti ke Terminal Jerteh
11.30 AM : Naik bas
ke Terminal Sentral Kuantan
6.00 PM : Sampai
Terminal Sentral Kuantan
Pakej Dnamie Leisure RM225 (Berubah-ubah)
(Return Boat, Chalet, Snorkeling)
Water Taxi RM35
(Return Boat. Fauna Beach Chalet –
Windmill – Fauna Beach Chalet)
Makan Minum RM50
(Sekali Sehari Untuk Makan Tengahari
sekaligus makan malam. Yang Lain Bawa Dari Rumah)
Teksi RM10 (Seorang)
(Return. Terminal Jerteh - Jeti Kuala Besut
- Terminal Jerteh)
Tiket Bas Sani Ekspress RM58
(Return. Kuantan – Jerteh – Kuantan)
Total Perbelanjaan RM378 secara kasar. Senang cerita bajet jela RM400.
Untuk harga tiket bas korang boleh tengok online. Bajet makan pula depends on korang sendiri. Kurang makan, kurang la bajet. Banyak makan, bayar lebih la. Itu ajeeee.
4 comments:
Assalam, saya ada beberepa soalan nk tanya saudari.
Soalan pertama, bas mmg akan berhenti kat kfc jerteh eh. Dieorg x berhenti kt terminal jerteh ke? Pastukan boleh x share no teksi tu?
Soalan kedua, tambang teksi tu mmg 20 rggt ke? Sb saya sorang. Sakit tu. Hahaha. Member2 semua naik bas dr KL, sng ke kuala besut terus.
soalan ketiga kalau pakai niqab menyelam tak terbuka ke?pakaian kena air x nampak bentuk badan?
RASYD FUCK OFF. BIAR LA DIA ORG. KAU NI MESTI YG PAYAH TGK ORG SENANG KAN. PFFT STFO
Terbaik!!
Post a Comment