Assalamu’alaikum
Bilamana kita
dibenci kerana fitnah yang dibawa oleh manusia yang suka berkata sesuka hati
mereka, jangan bersedih ! Senyumlah walaupun terasa pahit. Dulu, diri ini
lantang memaki orang yang telah membuat fitnah terhadap ku.
Tapi kini,
hati lebih terubat dengan kehadiran sahabat-sahabat yang hebat ! Allahurabbi.
Allah itu sangat baik. Sangat-sangat baik ! Benarlah, Dia tidak akan
meninggalkan kita. Dia bagi kita susah, Dia bagi kita payah, Dia bagi kita
pahit. Dia bagi. Dia bagi dan Dia terus bagi.
Tetapi !
Ingatlah ! Pada
ketika Dia bagi segala kepahitan itu, pasti Dia selitkan juga pertolonganNya.
Sama ada kita sedar ataupun tidak. Kali pertama pada waktu aku difitnah, aku
bangun untuk tegakkan kebenaran. Namun, suara aku tidak disambut, tidak
didengar.
Kali kedua
aku difitnah, aku bangun lagi untuk mengatakan aku tidak bersalah. Namun,
malangnya suara aku tidak juga di dengar. Aku juga manusia yang punya hati. Aku
mula melatah. Kesabaran yang ada pada ku pada ketika itu terasa seolah-olah
diragut !
Aku cuba
kembali beristighfar. Tenangkan diri dan usaha lagi tegakkan kebenaran. Tetapi
suara ku seperti dihalang tembok yang tinggi dimana langsung tidak dihiraukan
apatah lagi didengar. Aku pasrah. Allahu ya Allah. Sakitnya…
Dalam pada
waktu aku pasrah dengan fitnah itu, ia tidak langsung membuatkan aku berputus
asa untuk meneruskan perjuangan demi sebuah kebaikan. Aku tetap teruskan
langkah. Tetapi…aku difitnah lagi oleh orang yang sama sehinggakan aku dibenci
oleh seseorang yang aku anggap ayah buat ku. Hanya kerana fitnah !
Perit memang
perit. Kali ini aku tidak lagi bangun untuk tegakkan kebenaran. Aku redha dan
berdiam diri. Bukan kerana berputus asa. Bukan juga kerana aku bersalah. Tetapi
aku yakin, Allah itu akan perkenankan doa orang-orang yang dizalimi dan
bersabar. Itulah pengubat hati buat ku.
Bertambah
terubat apabila salah seorang dari sahabat menghadiahkan aku sepotong ayat
al-Quran :
Katakanlah
(wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna
itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu.
(Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan
(yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah
sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja
yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
(Az-Zumar : 10)
Jadi, dalam apa jua keadaan kita, bersabarlah dan
yakinlah bahawa Allah itu adalah seperti sangkaan hamba-hambaNya. Jangan pasrah
diatas segala apa yang terjadi kerana pasrah itu menyakitkan. Tetapi redhalah
kerana redha itu akan menghilangkan rasa sakit sehingga kita akan merasa kebal
dan lali untuk lalui ujian seterusnya.
Ujian itu mengajar kita erti tabah. Ujian itu
mengajar kita erti sabar. Ujian itu mengajar kita erti redha dan bersyukur.
Itulah nikmat selepas kepahitan ujian. Moga Allah meredhai hidup kita semua.
Allahumma aamiin.
3 comments:
bahaya bahana fitnah ni,boleh meruntuhkan sesuatu silaturahim..apa pun moga tabah dlam segala ujian yg Allah berikan,usah mudah mengalah dan bangkit kembali selagi nafas tak terhenti..
syukran jiddan..mohon doa dari sahabat2 jugak ye. ^^
24:11 Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu.
Post a Comment