Feb 10, 2013

Ujian Itu Mengajar Kita


Assalamu’alaikum

Bilamana kita dibenci kerana fitnah yang dibawa oleh manusia yang suka berkata sesuka hati mereka, jangan bersedih ! Senyumlah walaupun terasa pahit. Dulu, diri ini lantang memaki orang yang telah membuat fitnah terhadap ku.

Tapi kini, hati lebih terubat dengan kehadiran sahabat-sahabat yang hebat ! Allahurabbi. Allah itu sangat baik. Sangat-sangat baik ! Benarlah, Dia tidak akan meninggalkan kita. Dia bagi kita susah, Dia bagi kita payah, Dia bagi kita pahit. Dia bagi. Dia bagi dan Dia terus bagi.
Tetapi !

Ingatlah ! Pada ketika Dia bagi segala kepahitan itu, pasti Dia selitkan juga pertolonganNya. Sama ada kita sedar ataupun tidak. Kali pertama pada waktu aku difitnah, aku bangun untuk tegakkan kebenaran. Namun, suara aku tidak disambut, tidak didengar.

Kali kedua aku difitnah, aku bangun lagi untuk mengatakan aku tidak bersalah. Namun, malangnya suara aku tidak juga di dengar. Aku juga manusia yang punya hati. Aku mula melatah. Kesabaran yang ada pada ku pada ketika itu terasa seolah-olah diragut !

Aku cuba kembali beristighfar. Tenangkan diri dan usaha lagi tegakkan kebenaran. Tetapi suara ku seperti dihalang tembok yang tinggi dimana langsung tidak dihiraukan apatah lagi didengar. Aku pasrah. Allahu ya Allah. Sakitnya…

Dalam pada waktu aku pasrah dengan fitnah itu, ia tidak langsung membuatkan aku berputus asa untuk meneruskan perjuangan demi sebuah kebaikan. Aku tetap teruskan langkah. Tetapi…aku difitnah lagi oleh orang yang sama sehinggakan aku dibenci oleh seseorang yang aku anggap ayah buat ku. Hanya kerana fitnah !

Perit memang perit. Kali ini aku tidak lagi bangun untuk tegakkan kebenaran. Aku redha dan berdiam diri. Bukan kerana berputus asa. Bukan juga kerana aku bersalah. Tetapi aku yakin, Allah itu akan perkenankan doa orang-orang yang dizalimi dan bersabar. Itulah pengubat hati buat ku.

Bertambah terubat apabila salah seorang dari sahabat menghadiahkan aku sepotong ayat al-Quran :

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. 
(Az-Zumar : 10)

Jadi, dalam apa jua keadaan kita, bersabarlah dan yakinlah bahawa Allah itu adalah seperti sangkaan hamba-hambaNya. Jangan pasrah diatas segala apa yang terjadi kerana pasrah itu menyakitkan. Tetapi redhalah kerana redha itu akan menghilangkan rasa sakit sehingga kita akan merasa kebal dan lali untuk lalui ujian seterusnya.


Ujian itu mengajar kita erti tabah. Ujian itu mengajar kita erti sabar. Ujian itu mengajar kita erti redha dan bersyukur. Itulah nikmat selepas kepahitan ujian. Moga Allah meredhai hidup kita semua. Allahumma aamiin.

3 comments:

aiEz said...

bahaya bahana fitnah ni,boleh meruntuhkan sesuatu silaturahim..apa pun moga tabah dlam segala ujian yg Allah berikan,usah mudah mengalah dan bangkit kembali selagi nafas tak terhenti..

Auni said...

syukran jiddan..mohon doa dari sahabat2 jugak ye. ^^

pikir kool said...

24:11 Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu.