Ngam sebulan di madrasah cinta! Aku belajar satu lagi perkara di
sini. Mahu tahu apa??
Jihad boikot !
Di rumah ummi, satu barang boikot
pun tak kelihatan. Semuanya brand yang tidak aku kenali. Barangan Islam,
barangan Malaysia. Selama aku di sini, ummi dan ayah tak pernah bawa adik-adik makan
KFC atau McD.
Kalau di Kuantan, itulah tempat
yang akan dituju. Dari kecil hinggalah dewasa, aku hidup dengan
barangan-barangan ini. KFC, McD, Nestle, Coca cola, Snikers dan banyak lagi.
Sudah sebati.
Malaysia dihantui dengan barangan
Barat. Kiri, kanan, atas, bawah, semua barangan mereka. Pernah suatu ketika aku
bertanya kepada ummi,
“Kenapa ummi boikot barang-barang
ni?” Dahi ku berkerut.
“Barat dan Yahudi kaya raya sebab
tu Islam mudah di tindas. Tengok apa dorang buat dengan Palestine, Syria.” Aku
masih berfikir. Sedikit lambat. Seperti siput berjalan. Loading!
“Dorang bunuh orang Islam. Apa
kaitan dengan boikot, ummi? Lagipun kawan-kawan cakap, kalau setakat kita je
yang boikot, tak berubah apa-apa pun.” Aku menambah.
“Nabi kata, ‘Barangsiapa yang
tidak mempedulikan hal ehwal umat Islam, mereka bukanlah dari golongan aku.’
Ummi tak nak ummi tergolong dalam golongan yang Nabi kata. Auni perlu ingat,
walau hanya satu sen kita menyumbang pada dorang, ia mampu membentuk sebiji
peluru yang menembusi perut dan kepala saudara kita di sana.” Ummi bersemangat.
Mata ku tidak berkedip mendengar
penjelasan dari ummi. Sebelum ini aku tidak pernah berfikir sejauh itu. Aku suka
mendengar kata-kata orang di sekeliling.
“Auni pernah dengar satu cerita
tak? Yang mana Nabi Ibrahim pernah dicampakkan ke dalam api oleh kaum dia sendiri.
Kemudian ada seekor burung mahu menyelamatkan Nabi Ibrahim. Burung itu berusaha cari
air dengan paruh kecilnya untuk memadamkan api tu. Seekor cicak memperlekeh
usaha burung itu tadi. Lalu burung itu menjawab, ‘Sekurang-kurangnya aku
berusaha dan aku punya jawapan untuk dijawab depan Allah nanti.’”
Aku tersenyum.
“Auni, Allah tak melihat hasilnya.
Allah melihat usaha kita, sayang. Bayangkan kalau yang di bunuh tu adik kita.
Mak kita. Ayah kita. Kakak kita. Macam mana? Apa reaksi kita? Doa tanpa usaha
itu sia-sia, Auni. Nak jihad kat sana kita tak mampu. Ni pun salah satu jihad
kita dari jauh. Allah pasti dah sediakan sesuatu untuk kita.”
Speechless.
Mulai dari malam itu, aku bertekad
untuk memboikot barangan Yahudi. Pada mulanya agak sukar. Mana mungkin perkara
yang sudah sebati dengan kita selama berbelas-belas tahun dapat dikikis dengan
mudah.
Terliur tengok orang makan McD.
Terliur tengok orang makan KFC. Terliur tengok orang makan Snickers! Itu kegemaran
aku. Kesukaan aku. Bayangkan betapa sukarnya menahan nafsu untuk makan atau
buat perkara yang kita suka selama ini. Tapi syukur pada Allah. Setiap kali
diri tak mampu bertahan dan cuba menggapai barang-barang Yahudi, Allah
gambarkan setiap apa yang berlaku di Palestine dan Syria.
Sungguh! Aku menggigil.
‘Kau kata kau nak syahid. Kalau
setakat benda macam ni tak mampu nak bertahan, macam mana nak syahid. Kau nak
pahala jihad, kau lawan sungguh-sungguh.’
Itulah cara aku memujuk hati.
Alhamdulillah, Allah selalu memudahkan sesuatu yang baik. Sekarang aku sudah
terbiasa dengan kehidupan ‘jihad boikot’. Kadang-kala sampai
terlupa adanya KFC, McD dan sebagainya.
“Tak mati pun kan tak makan
benda-benda tu?” Ummi tersenyum.
Aku mengangguk dan tertunduk.
Aku bahagia. Aku baik-baik saja.
Aku tak mati kelaparan tanpa benda-benda itu semua. Jadi, apa lagi alasan
kalian untuk terus menyokong barangan Yahudi?
Susah?? Memanglah susah sebab
syurga Allah itu dipagari ujian. Neraka je dipagari nikmat. Apa tunggu lagi?
Moh kita jihad boikot! Mudah-mudahan kita peroleh pahala jihad dunia dan
akhirat. Allahuakbar!
Sekurang-kurangnya aku ada
jawapan bila Allah bertanya pada ku nanti.
1 comment:
Citizen Titanium Dive Watch - 3D Vision
You'll titanium jewelry for piercings notice that the camillus titanium stainless steel is a slightly thinner than the traditional model, benjamin moore titanium but the titanium athletics new design has a solid $37.99 · In ford fusion titanium 2019 stock
Post a Comment