Aku lihat,
aku dengar bahawa mereka selalu merindui kekasih mereka. Bagaimana pula dengan
aku ? Ya, aku juga merindui. Tetapi tidak berani mengatakan bahawa ‘dia’
kekasih ku kerana peribadi ku tidak sepertinya.
Sejak aku
melihat dunia, aku tidak pernah merasa bagaimana keadaan hati orang yang
tertaut dengan kasih dan cinta mu, ya habibullah. Aku tidak pernah mengendahkan
kewujudan mu. Apa yang aku tahu, aku perlu belajar sirah mu untuk memenuhi
silibus matapelajaran.
Aku tahu akan
kehadiran mu tetapi aku tidak beriman dengan mu. Bagaimana mungkin aku mengikuti
akhlak dan peribadi mu sedangkan kewujudan mu sendiri aku tidak pernah hayati.
Allahu ya Allah.
Tapi kini…
Setelah
hampir 21 tahun aku melihat dunia…baru sekarang aku merasa sesuatu tatkala
mendengar nama mu di sebut-sebut. Aku tidak pasti adakah ini perasaan rindu
atau selainnya. Hati ini seperti dijentik-jentik. Dalam tidak sedar, hanya airmata
yang menemani.
Adakah ini
salam rindu dari mu yang baru kini ku rasakan sejak berabad lamanya kau tinggalkan
kami ya Rasulullah ?
Jika rasa ini
sekadar persinggahan, mana mungkin aku mengalirkan air jernih ini untuk
kesekian kalinya. Jika rasa ini sekadar perasaan biasa, mana mungkin aku
teresak-esak ketika menyebut nama mu dalam doa ku.
Ya
Rasulullah. Maafkanlah umat mu yang tidak berjaya menteladani akhlak mu ini.
Maafkanlah aku kerana tidak mampu jadi umat mu yang terbaik seperti yang kau
harapkan. Maafkanlah aku yang banyak mengecewakan mu. Doakanlah aku bertemu
dengan mu ya Rasulullah. Aku…merindui mu.
Wahai Allah
yang berada di Arasy sana. Jika benar rasa ini adalah rasa rindu seorang umat
kepada kekasih Mu, sampaikan padanya bahawa aku juga merinduinya.
2 comments:
malu untuk mengatakan cinta,sdgkan diri tak amalkan sgt apa yg diajar..malu sungguh pd diri sendiri
malu tu sebahagian dari iman. selamat menjadi umat Muhammad yg terbaik. Allahumma aamiin.
Post a Comment