Jodoh Cintaku,
Di bumi Allah,
Apa khabar, Cinta ?
Dalam warkah ini, aku ingin menyampaikan kepadamu bahawa aku masih menunggumu dengan setia dan penuh kerinduan, dalam malam yang dipenuhi doa yang panjang.
Usia sememangnya meninggalkan jejak pada diriku. Begitu juga episod-episod cintaku. Suratan takdir membuatkan aku sedar bahawa kau belum ditakdirkan untuk ku temui.
Hanya iman di dada mampu membuat aku terus cekal menunggumu di sini. Semoga aku tetap diberikan keteguhan hati dan kesabaran dalam menantimu, Jodoh Cintaku.
Salam sayang,
Jodoh Cintamu
P/S : Warkah dari novel Jodoh Cinta.